Impra Anti~Pest 800ml
Informasi Produk
Berat :
800ml
Bentuk :
Cecair
Produk :
Racun Serangga Organik
Keterangan Bau :
Pedas, herba
KEGUNAAN UTAMA
- Membantu menghalang serangan serangga perosak dan ulat daripada menyerang tanaman.
- Membantu menghalang pembentukan bakteria dan kulat daripada menjangkiti tanaman.
- Meningkatkan perlindungan tanaman terhadap serangan perosak tanaman.
Penerangan Produk
Merupakan racun organik semburan terus bagi menghalang serangga, bakteria dan kulat. Difomulasi daripada bahan tanaman tempatan seperti cili, serai wangi dan lain-lain.
Ia tidak membahayakan kesihatan serta selamat untuk kanak-kanak dan binatang peliharaan
Aturan Penggunaan
Untuk tujuan pencegahan, sembur sebelum simptom kelihatan.
Sembur keseluruh daun tanaman seminggu sekali pada waktu pagi atau lewat petang.
Jika serangan kelihatan, sembur setiap tiga hari sekali.
Perhatian
Elakkan dari terkena mata, dan bahagian badan yang sensitif. Basuh tangan selepas guna.