Tumbuhan yang pelik diserata dunia!

Keunikan penciptaan alam semulajadi turut menarik perhatian samada peminat berkebun atau pun tidak. Sangat istimewa dan menggamit rasa ingin tahu terhadapnya. Ada kalanya menyerupai binatang dan juga manusia. Malah pelbagai rupa yang terbentuk. Jom kita lihat beberapa kehebatan penciptaan alam semula jadi yang boleh kita nikmati.

Darth Vader (Aristolochia salvador platensis)

Kepada peminat Star Wars, ini adalah bunga yang seolah-olah menyerupai watak dalam filem Star Wars iaitu Darth Vader. Rupanya yang seakan-akan helmet Darth Vader ini berasal dari Brazil dan sejenis tanaman yang memanjat. Tanaman ini akan mekar diantara bulan April hingga Jun. Baunya dikatakan seperti bau ikan busuk yang bertindak sebagai penarik perhatian serangga pendebungaan.

 

Hooker’s Lips (Psychotria elata)

Bibir gebu seakan-akan Angelina Jolie ini sebenarnya adalah daun, bukannya sejenis bunga. Sifatnya yang sedemikian bertujuaan untuk menarik perhatian rama-rama dan hummingbirds. Ditengah-tengah bibir itu kebiasaannya akan mengeluarkan bunga berwarna putih dan di Amerika Selatan, tanaman ini popular digunakan sebagai hadiah ketika Valentine’s Day. Tanaman ini telah diamalkan sebagai rawatan kulit & batuk. Tetapi, yang menyedihkan adalah tanaman ini semakin pupus akibat pembalakan yang melampau.

Monkey Face Orchid (Dracula simia)

Bunga jenis orkid ini terdapat banyak tumbuh die serata Equador, Columbia dan Peru. Nama saintifiknya diperoleh daripada 2 kelopaknya yang seakan-akan taring berdasarkan sebuah buku mengenai Dracula tulisan Bram Stoker. Bunga ini mempunyai bau seperti buah oren yang masak.

Skeleton Flower (Diphylleia grayi)

Bunga Skeleton ini adalah berasal daripada kawasan pergunungan sejuk yang boleh didapati di China dan Jepun. Kebolehan bunga ini adalah menjadi lutsinar dan mempunyai tisu yang sangat nipis apabila terkena air hujan sebagai contoh. Bunga unik ini kembang bermula pada Mei hingga Julai.

Naked Man Orchid (Orchi italica)

Bunga orkid wujud dengan pelbagai bentuk dan saiz, tetapi bunga orkid ini pula terlalu pelik sehingga setiap kuntumnya seolah-olah menujukkan seorang lelaki yang berbogel. Naked man orchid ini boleh didapati ketika musim bunga seperti di Turki dan kini telah disenaraikan sebagai salah satu bunga yang terancam.

Snap Dragon Seed Pod (Antirrhinum)

Bunga Snapdragon merupakan antara pilihan utama bagi taman-taman kerana keindahan warna dan jumlahnya bunganya ketika mengembang. Tetapi pod benihnya yang terbentuk selepas bunganya kering mempunyai keunikan yang lebih menakutkan berbanding kecantikan bunganya. Rupa pod benihnya yang seakan-akan tengkorak dan dipercayai mempunyai kuasa hebat mengikut kepercayaan budaya kuno. Di Indonesia, Snapdragon dikenali sebagai bunga mulut naga.

Dancing Girls Impatiens (Impatiens bequaertii)

Bunga ini turut mempunyai kelopak yang berbentuk manusia iaitu menyerupai perempuan yang sedang menari. Pokoknya sangat kecil dan hanya tumbuh lebih kurang bersaiz 1 kaki sahaja. Pokok bunga ini dijumpai di hutan hujan di timur Afrika.

Flying Duck Orchid (Caleana Major)

Boleh dijumpai di timur dan selatan Australia. Bunga orkid ini kelihatan seperti itik yang berwarna ungu yang sedang terbang. Bunga ini berbunga diantara bulan September hingga Januari dan pokok ini tidak akan boleh hidup luar dari Australia kerana pokok ini memerlukan sejenis kulat yang hanya ada di Australia untuk terus hidup. Unik sangat!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *