TIPS PENJAGAAN ORKID

Penjagaan orkid tidaklah sesukar mana selepas ia ditanam. Fokus kepada keperluan utama sahaja seperti media tanaman, penyuraman & pembajaan. Jom kita lihat satu persatu.

  • MEDIA TANAMAN
    Terdiri daripada batu bata yang telah dipecahkan, pecahan arang, lumut atau tunggul kayu. Campuran ini direndam semalaman terlebih dahulu dengan racun kulat. Susun pecahan bahan ini mengikut kesesuaian.

media orchid - impra baja cecair

  • PENYIRAMAN
    Kadar penyiraman hendaklah mengikut keadaan semasa. Siram lebih air jika cuaca panas dan sebaliknya jika cuaca mendung atau hujan. Penyiraman boleh dilakukan pada sebelah pagi dan petang. Elakkan menyiram pada waktu tengah hari kerana air bertakung di celah daun dan menyebabkan penyakit reput pucuk dan juga melecur akibat pemanasan oleh matahari. Kadar siraman juga bergantung kepada media tanaman yang digunakan. Elakkan daripada menyiram terlampau banyak air.
    daun orkid lecur - baja ceair impra
  • PEMBAJAAN
    Gunakan kepekatan baja yang sesuai kerana orkid hanya menyerap nutrient yang diperlukan pada satu-satu masa sahaja. ELAKKAN menggunakan kepekatan yang tinggi dan melakukan semburan sekali sebulan kerana ia teknik yang salah. Pelbagai baja semburan yang dijual di nurseri.
    Orchid Mate-Baja cecair IMPRA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *