TIPS MENGGUNAKAN BAJA CECAIR (FOLIAR)

Untuk memastikan pengambilan nutrien pada tahap optimum, beberapa tips boleh dititikberatkan dalam penggunaan baja samada cecair ataupun tidak. Kali ini IMPRA ingin berkongsi beberapa tips yang harus diberi perhatian semasa memberi baja cecair foliar untuk tanaman anda.

  • Gunakan baja cecair foliar pada kadar yang disyorkan oleh produk. Penggunaan baja cecair foliar dalam kepekatan yang tinggi boleh menyebabkan kesan toksisiti (daun menjadi lecur) pada tanaman. Kadar pengesyoran baja cecair foliar adalah berbeza bergantung pada jenis tanaman. Jika tidak pasti, mulakan penggunaan baja cecair foliar dengan kadar yang rendah dan pertingkatkan jika perlu. Boleh rujuk gambar dibawah untuk kesan penggunaan baja cecair foliar yang kurang berkesan.

daun lecur-baja cecair impra

  • pH larutan yang sesuai dalam lingkungan neutral (pH = 7). Gunakan air tanpa klorin (air hujan, air telaga atau air bekalan domestik yang telah dijemur untuk menghilangkan kandungan klorin) untuk dicampur bersama baja cecair foliar. Bolehlah mula tadah air hujan macam orang kampung selalu buat.
  • Biasakan buat semburan baja cecair foliar yang halus (fine spray) dan biarkan baja cecair foliar menitik pada bahagian vegetatif (daun, mata tunas, dan pucuk muda) pokok. Semburan baja cecair foliar halus memudahkan ianya diserap oleh daun. Selalunya nozzle pada botol semburan didatangkan dengan 2 jenis semburan, spray atau stream.

baja cecair impra

  • Masa yang terbaik untuk membuat semburan baja cecair foliar  ialah di waktu pagi (selepas embun kering) atau lewat petang. Suhu yang rendah diwaktu pagi atau petang akan menyebabkan stomata terbuka lebih luas untuk penyerapan nutrien dari baja cecair foliar.

stomatal-baja cecair impra

  • Untuk kesan baja cecair foliar yang optimum, semburan baja cecair foliar digalakkan pada bahagian bawah daun kerana stomata banyak terdapat pada bahagian bawah daun. Semburan baja cecair foliar juga boleh dituju kepada batang.
  • Untuk kesan baja cecair foliar yang terbaik, baja semburan hendaklah diberikan pada peringkat kritikal dalam pertumbuhan sesuatu tanaman. Antaranya semasa menanam (transplanting), peringkat mula berbunga (flower blooming) dan peringkat pembentukan buah (fruit set).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *