Serangga Perosak Tanaman

Setiap pengusaha atau pekebun tanaman pasti akan diuji dengan pelbagai cabaran terutamanya gangguan serangga perosak. Ada tanaman yang terkesan sehingga mati. Boleh jadi daun tanaman menjadi kerinting, ada yang buah-buahan menjadi busuk malah gugur sebelum tiba masanya, ada pula tanaman yang mati sebelum dapat membesar dengan sihatnya. Inilah ujian bagi setiap pengusaha atau pekebun tanaman samada berkebun dirumah atau berskala besar dalam memastikan tanaman bebas dari serangan serangga perosak.

Kategori & Jenis Serangga Perosak

Sudah lumrah menghadapi cabaran serangan serangga perosak bagi pengusaha tanaman. Maka, wajib untuk mempunyai ilmu dalam menangani atau mengawal aktiviti serangga perosak tanaman ini! Tetapi, sebelum itu, jom kita kenali kategori & jenis serangga perosak yang lazim menyerang tanaman anda tak kira saiz kecil atau pun besar, sayur-sayuran mahupun buah-buahan.

Simbiosis diantara semu & afid

Serangga perosak boleh dikategorikan kepada 2 iaitu kategori yang bersifat menghisap & mengunyah atau memakan. Bagi kategori menghisap, tanda-tanda yang boleh dikesan pada pokok adalah seperti berikut:

  • Daun kerinting
  • Daun menjadi kuning
  • Daun gugur
  • Daun layu
  • Daun berkedut

Jenis menghisap diakibatkan oleh beberapa jenis serangga perosak antaranya:

  • Hama/spider mite
  • Bena
  • Afid
  • Teritip (Scale Insects)
  • Koya

Manakala tanda-tanda untuk kategori mengunyah pula adalah:

  • Daun habis di makan
  • Batang/dahan pokok dimakan

Manakala kategori ini sering dikatikan dengan serangga perosak seperti:

Siput yang suka memakan daun.

Cara Mengawal Serangga Perosak Tanaman

Pengawalan serangga perosak tanaman boleh dilalukan dengan beberapa langkah, antaranya pengawalan secara kimia, pengawalan organik & pengawalan biologi. Adalah sangat digalakkan kepada pengusaha atau pekebun untuk menggunakan pengawalan serangga perosak dengan menggunakan kaedah organik atau biologi kerana  penggunaan racun serangga mampu menggugat kesihatan dalam jangkamasa pendek & panjang.

Kesan jangka panjang disebabkan terdedah kepada racun serangga kimia.

Mengikut beberapa kajian, pendedahan yang berpanjangan kepada racun serangga bagi mengawal serangga perosak boleh meningkatkan peratusan menghidap penyakit seperti Parkinson, lelah, kanser juga termasuk leukaemia.

Banyak kaedah yang boleh dilalukan bagi mengawal serangan serangga perosak secara organik kerana terdapat pelbagai produk yang dibuat secara organik dipasaran kini. Malah pengusaha atau pekebun juga boleh menyediakan formula pengawalan serangga perosak secara organik dirumah dengan menggunakan peralatan & bahan yang boleh didapati di dapur seperti bancuhan bawang putih, minyak, sabun & bahan-bahan lain.

Antara penggunaan bahan organik untuk mengawal serangga perosak.

Contoh pengawalan biologi untuk serangga perosak pula boleh dilakukan dengan menternak atau membiarkan haiwan seperti ladybug. Ladybug merupakan serangga yang memakan serangga-serangga perosak kecil seperti afid, kutu daun, lalat putih dan juga larva. Serangga comel ini dikategorikan sebagai pemangsa kepada serangga perosak tanaman. Kehadirannya membantu mengawal serangan serangga perosak. Walaupun lahirnya di taman mahupun kebun anda, ia tidak sama sekali memusnahkan tanaman. Seawal pertumbuhan ladybug, serangga perosak adalah makanan utama mereka.

Ladybug makan afid & serangga perosak lain pada peringkat tumbesaran awalnya.

Cara mudah mengawal serangga perosak

Ramai pekebun atau pengusaha kecil yang bercucuk tanak dirumah kalah dalam pertarungan dengan serangga perosak. Ini adalah kerana penjagaan tanaman yang tidak berkala. Serangga perosak perlu dipantau paling tidak seminggu sekali mengikut size pokok & jenis pengawalan yang dilakukan. Serangan serangga perosak boleh dikawal dengan semburan IMPRA Anti Pest yang berjadual supaya tanaman anda selamat.

Gunakan semburan serangga perosak sekali seminggu atau sekali dalam 3 hari mengikut jenis pengawalan yang dipilih. Malah digalakkan melalukan pengawalan serangga perosak ini walaupun pada tanaman yang masih tidak diserang serangga perosak lagi. Ini akan menyebabkan tanaman anda mempunyai imunisasi yang kuat terhadap serangan serangga perosak.

Antara tanaman yang sangat mudah diserang serangga perosak adalah pokok cili & pokok limau purut. Malah tanaman bunga-bungaan juga tidak terkecuali seperti bunga japanese rose, adenium atau kemboja cina, petunia & bermacam lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *