ROS KELUARGA KAKTUS???

Kecantikan bunga ros memang tak dapat lagi dinafikan. Betul? Terdapat pelbagai jenis bunga ros boleh didapati di seluruh dunia. Ada English Rose, Groundcover Rose, Hybrid Tea Rose dan banyak lagi. Tetapi, ada satu jenis bunga ros yang unik iaitu Dessert Rose. Kecantikan dan kepelbagaian jenis bunganya sangat menarik perhatian para peminatnya.

impra -adenium-flowering-bonsai-plant-500x500

Desert rose (Adenium) atau dikenali sebagai kemboja cina di Malaysia ini, sebenarnya sejenis pokok daripada keluarga kaktus yang mana sifatnya menyimpan atau succulent. Sebab itulah juga, peminat kemboja cina perlu tahu petua dan teknik memilih jenis media yang bersesuaian mengikut geografi tertentu.

Setakat yang admin tahu, kemboja cina memerlukan tanah yang poros. Jadi, macam-macam teknik dan petua telah digunakan untuk memastikan ianya selamat dari masalah yang biasa dihadapi peminat kemboja cina terutamanya, busuk akar selain daripada serangan serangga perosak. Bayangkanlah ubi atau caudex yang djijaga cantik selama bertahun-tahun, tiba-tiba busuk akar dan selalunya sukar untuk dipulihkan. Malah fenomena busuk akar ini sukar untuk dikesan pada peringkat awal terutama kepada mereka yang bekerjaya.

Jadi, pilihlah media yang bersesuaian, contohnya di Thailand, ada yang menggunakan campuran sabut kelapa atau coco chunk, baja organik seperti najis lembu dan sedikit tanah dengan campuran 2:1:2. Di Malaysia pula, ada yang menggunakan campuran pasir sungai, topsoil dan arang. Maka, pilihlah dengan bijak mengikut geografi masing-masing.

impra-chunkcocomedia_1 impra-FilterSand-300x161

 

 

 

 

 

 

 

Apa pun campuran media yang digunakan, ianya adalah bertujuan supaya media mestilah poros dan tidak menyimpan air kerana biologi kemboja cina adalah bersifat menyimpan air didalam struktur batangnya. Jadi kawalan air adalah amat kritikal untuk dititikberatkan.

Jika berlaku fenomena busuk akar, langkah pertama perlulah mengeluarkan pokok kemboja cina anda daripada media dan potong bahagian yang busuk sehinggalah dibahagian yang elok. Admin akan kongsikan langkah seterusnya pada post yang akan datang.

Stay tuned!

1 thought on “ROS KELUARGA KAKTUS???

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *