Program Transformasi Pertanian Bandar Parlimen Kelana Jaya

PROGRAM PERTANIAN BANDAR RINGANKAN KOS SARA HIDUP, ERAT PERPADUAN KOMUNITI SETEMPAT

YB. Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek, Menteri Pertanian & Industri Asas Tani telah merasmikan ‘Program Transformasi Pertanian Bandar Parlimen Kelana Jaya’ pada 19 Mei 2016 (khamis) di Dataran Dewan Harmoni, PJS 6/4E Kg. Lindungan, Petaling Jaya, Selangor.
Program ini bertujuan menggalakkan komuniti bandar dan sekitarnya menjalankan aktiviti-aktiviti pertanian untuk mengeluarkan sendiri sumber makanan bagi mengurangkan kos sara hidup dan menampung keperluan seharian selain menambahbaik dan mengindahkan landskap kawasan kediaman, pejabat, sekolah, institusi dan lain-lain.
Antara aktiviti yang dianjurkan oleh Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani dan Jabatan Pertanian ini ialah booth pameran, jualan hasil pertanian, anak benih, pokok & baja, jualan buah-buahan dan sayur-sayuran, pameran pertanian bandar dan lain-lain lagi.
Seramai 120 peserta komuniti kawasan itu menyertai program pertanian ini dengan bimbingan daripada beberapa pihak termasuk Jabatan Pertanian Selangor dan Majlis Pembangunan Pertanian Parlimen Kelana Jaya. Seramai 38,506 peserta seluruh negara terlibat di dalam program ini sejak perlaksanaannya pada 2014 sehingga Mac lepas, melibatkan sebanyak 1,374 lokasi projek dengan peruntukan RM5 juta.
Ahmad Shabery berkata, setakat ini, Selangor melaksanakan sebanyak 115 projek pertanian itu dengan penglibatan seramai 4,561 peserta. Pada tahun ini juga, projek perintis akan dimulakan iaitu pertandingan di antara komuniti yang melaksanakan Pertanian Bandar ini.
Untuk keterangan lanjut berkenaan dengan Program Pertanian Bandar, sila hubungi pejabat pertanian berhampiran anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *