Pokok Ketumpang Air (Pepperomia Pelucida)

Peperomia pellucida 300x169 - Pokok Ketumpang Air (Pepperomia Pelucida)Pokok ketumpang air atau nama saintifiknya pepperomia pelucida adalah sejenis tumbuhan yang boleh dikategorikan sebagai tumbuhan herba kerana khasiatnya yang tersendiri di dalam mengubati penyakit. Oleh kerana pokok ini tumbuh merata di kawasan-kawasan lembap seperti di tepi-tepi longkang, dan di dalam pasu bunga, ramai yang tidak menyangka bahawa tumbuhan ini mempunyai banyak khasiat.

Tumbuhan ini dikatakan mampu mengurangkan paras asid urik di dalam badan lantas sesuai dijadikan ubat gout dan mengatasi masalah buah pinggang. Ia juga dikatakan mempunyai ciri-ciri anti-bakteria, anti bengkak dan penahan sakit

Selain daripada menjadi bahan utama di dalam masakan, ia juga sesuai dibuat salad dan juga the dengan mengeringkan daunnya.

pinit fg en rect red 28 - Pokok Ketumpang Air (Pepperomia Pelucida)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *