PLANT OF THE WEEK – SNAKE PLANT

IMPRA---Plant-of-the-week---Snake-Plant

Sansevieria trifasciata iaitu Snake Plant ataupun dikenali sebagai Mother-in-law’s Tongue adalah salah satu tanaman hiasan yang paling mudah dijaga. Pokok ini tidak memerlukan penjagaan yang rapi. Snake plant boleh hidup dalam keadaan cahaya yang rendah, kemarau ataupun dibiarkan sahaja untuk beberapa hari. Pokok ini juga telah diiktiraf dalam senarai NASA untuk tanaman yang boleh menapis toksik dalam udara persekitaran.

PENJAGAAN
Snake plant tidak memerlukan penjagaan yang rapi. Pokok ini hanya memerlukan sedikit air dan biarkan tanah kering sebelum penyiraman seterusnya dilakukan. Untuk sentiasa kelihatan segar dan sihat, daun pokok ini dilap dengan kain basah untuk membuang debu dan kotoran.

CABARAN
Snake plant senang diserang penyakit reput akar sekiranya air berlebihan. Elakkan menyiram terlalu banyak air dan hanya cukup membasahkan permukaan sahaja.

KELEBIHAN
Sekiranya tumbuh dalam keadaan optimum, Snake plant akan menghasilkan bunga berwarna putih atau krim yang menarik. Snake plant juga mampu menyerap unsur-unsur toksik dalam udara seperti formaldehyde, trichloroethylene, xylene, toluene, dan benzene.

PEMBAJAAN
Pembajaan boleh dilakukan sebulan sekali dengan menggunakan NPK 15:15:15.

LOKASI SESUAI
Snake plant sesuai diletakkan di tengah-tengah meja ruang tamu ataupun juga boleh diletakkan di dalam bilik air.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *