Plant of the week – PEACE LILY

 

Peace Lily adalah tumbuhan yang cantik dan mampu meningkatkan kualiti udara dalaman anda sebanyak 60 peratus. Ianya sangat mudah untuk dijaga, malah ianya akan menunjukkan tanda-tanda tertentu jika ianya memerlukan perhatian terutama jika kekurangan air.

PENJAGAAN
Peace Lily sangat mudah dijaga pada suhu yang konsisten diantara 15°C hingga 26°C. Boleh gunakan tanah kompos seperti IMPRA Bio-Soil. Elakkan Peace Lily anda dari perubahan suhu sejuk yang mendadak. Ianya sukakan tanah yang lembap tetapi elakkan terlebih air. Pastikan ianya tidak terdedah kepada cahaya matahari secara terus. Jika tiada bunga tumbuh bermaksud ianya tidak mendapat cahaya yang cukup.

CABARAN
Adalah perkara biasa jika hujung daunnya menjadi hitam/coklat. Puncanya adalah samada terlebih cahaya, terlebih baja, kekurangan kelembapan atau juga air.

KELEBIHAN
Meningkatkan kualiti udara dalaman anda sebanyak 60 peratus. Menyerap spora dari udara melalui daunnya dan menjadi makanan untuk akarnya. Menyerap wap yang berbahaya dari alkohol dan aseton.

PEMBAJAAN
Pembungaan Peace Lily memerlukan baja organil. Ianya sangat sensitif kepada baja kimia. Jadi, gunakan baja organik.

LOKASI SESUAI
Di bilik mandi, Peace Lily dapat membantu menjaga jubin mandi dan langsir bebas dari cendawan dan dapat menyerap wap yang berbahaya dari alkohol dan aseton.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *