Plant of the week – DUMB CANE

IMPRA - Plant of the week - Dumb Cane-01

Dienffenbachia ataupun nama lain Dumb cane adalah tanaman indoor yang sering ditanam di dalam rumah. Pokok ini mempunyai reputasi buruk bahawa ia perlu dibakar dan dihapuskan kerana boleh membunuh anak kecil jika ditanam di kawasan kediaman.  Sebenarnya ia tidak boleh membunuh, tetapi ia mempunyai racun yang boleh menyebabkan kepada kegatalan dan juga radang. Pokok ini sesuai ditanam di dalam rumah kerana ia boleh menapis udara dan membekalkan udara yang bersih kepada kita. Selain itu, ia boleh membesar setahun dan mencapai ketinggian kira-kira 4 ke 5 kaki untuk menjadi tanaman hiasan yang menarik.

PENJAGAAN
Penjagaan Dumb Cane ini tidak perlu begitu rapi. Ia sama seperti family Araceae yang lain, cukup hanya menyiram untuk memastikan tanah sentiasa lembap. Dari segi pencahayaan, pokok ini memerlukan cahaya matahari yang sederhana. Elakkan daripada cahaya matahari secara terus menyebabkan daun terbakar. Suasana terlalu gelap juga menyebabkan daun kelihatan pudar dan pucat.

CABARAN 
Cabaran utama pokok ini ialah mengawal pembentukan pertumbuhan pokok. Jika terlalu besar, pokok ini akan cenderung untuk senget dan turun ke bawah. Dari segi landskap, keadaan ini menyebabkan pokok nampak tidak begitu menarik. Pemasuan semula boleh dilakukan jika pokok kelihatan terlalu besar atau lebat selain mempercepatkan pertumbuhan pokok. Selain itu, pokok ini mengandungi cecair yang beracun. Jika tertelan, ia boleh menyebabkan kekebasan dan hilan upaya untuk bercakap buat sementara waktu. Pokok ini perlu dijauhi daripada kanak-kanak.

KELEBIHAN
Kelebihan pokok ini, ia menyebabkan landskap anda nampak lebih versatil dan menarik. Selain itu, ia kekal berdaun dan tidak mengikut apa-apa musim asalkan cukup penjagaan suhu dan cahaya. Pokok ini boleh menapis unsur-unsur toksik yang terdapat di alam udara seperti formaldehyde, xylene dan toluene.

PEMBAJAAN
Pembajaan boleh dilakukan 2x sebulan untuk mengekalkan kehijauan dan pokok nampak sihat.

LOKASI SESUAI
Pokok ini sesuai diletakkan di sudut ruang tamu yang tidak terlalu gelap. Selain itu, boleh diletakkan di bilik air dan juga bilik tidur.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *