PLANT OF THE WEEK – DRACAENA FRAGRANS

IMPRA - Plant of the week - Dracaena-01

Dracaena Frangrans merupakan tanaman yang sangat toleransi kepada apa situasi pun. Pokok ini akan lebih menyerlah di tempat yang mempunyai matahari yang terang dan tidak secara langsung. Bagi kawasan yang kurang cahaya matahari turut boleh ditanam pokok ini namun akan melambatkan proses pertumbuhan.

PENJAGAAN
Menjaga pokok ini yang ditanam diluar memerlukan penjagaan rapi. Kawasan yang dipilih tidak terlalu terang & tidak terlalu gelap. Kawasan yang mempunyai cahaya matahari secara bertapis adalah yang terbaik bagi tanaman ini. Penyiraman adalah tidak lebih dari dua atau tiga kali seminggu hanya untuk 20 hari pertama dan selepas itu bolehlah siram sekali seminggu.

CABARAN
Antara cabaran menanam pokok ini adalah, buruk akar. Buruk akar berpunca dari tanah yang menakung air. Jadi, kena pastikan air tidak disiram terlalu banyak sehingga bertakung. Satu lagi keadaan yang biasa berlaku kepada pokok ini adalah masalah kelembapan. Selalu spray daun dengan air supaya daunnya tidak kekuningan dan bertompok kerana pokok ini sangat suka pada kelembapan udara sekelilingnya.

KELEBIHAN
Pokok ini sangat terkenal dalam mengisi lanskap-lanskap di Malaysia. Kepelbagaian daunnya yang menarik dan unik selalu menjadi pilihan. Pokok ini turut digunakan sebagai hiasan dalaman kerana ianya salah satu pokok yang dipercayai boleh membantu pengudaraan yang lebih baik terutama pejabat dan sekolah.

LOKASI SESUAI
Pokok ini sesuai diletakkan di sudut ruang tamu yang tidak terlalu gelap. Selain itu, boleh diletakkan di bilik air dan juga bilik tidur yang penting, ruangan itu bercahaya dan lembap.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *