PLANT OF THE WEEK – CALATHEA

IMPRA Calathea - IMPRA-01

Calathea ataupun pokok merak adalah antara tanaman indoor yang sering ditanam di dalam rumah mahupun luar. Keunikan corak pada daunnya menjadikan pokok merak antara pilihan tanaman yang agak mudah untuk dijaga. Pokok merak juga dikenali sebagai pokok zebra kerana coraknya yang pelbagai malah ianya juga mampu berbunga jika kena cara penjagaannya.

PENJAGAAN
Penjagaan pokok merak ini tidak perlu begitu rapi. Ia sama seperti family Marantaceae yang lain, cukup hanya menyiram untuk memastikan tanah sentiasa lembap. Dari segi pencahayaan, pokok ini memerlukan cahaya matahari yang sederhana. Elakkan daripada cahaya matahari secara terus menyebabkan daun terbakar. Suasana terlalu gelap juga menyebabkan daun kelihatan pudar dan pucat. Pokok merak ini memerlukan kelembapan yang tinggi untuk menghasilkan corak yang menarik dan menjadi lebih subur.

CABARAN 
Cabaran utama pokok ini ialah mengawal kelembapannya. Pastikan lokasinya terletak pada kawasan yang boleh menyumbang kelembapan yang tinggi. Daun akan menjadi keperangan dan berbintik apabila kekurangan air dan kelembapan. Selain dari itu, serangga perosak seperti aphid & mealy bug turut mampu menyerang pokok merak ini.

KELEBIHAN
Kelebihan pokok ini, ia menyebabkan landskap anda nampak lebih versatil dan menarik. Selain itu, ia kekal berdaun dan tidak mengikut apa-apa musim asalkan cukup penjagaan suhu dan cahaya. Pokok merak berkebolehan menghapuskan wap kimia yang terdapat dalam udara dan juga boleh menyejukkan sesuatu ruangan kerana proses transpirasinya sangat tinggi.

PEMBAJAAN
Pokok merak ini tidak memerlukan baja. Namun, jika anda inginkan pokok anda berbunga, bolehlah gunakan baja bunga yang kebiasaannya digunakan.

LOKASI SESUAI
Pokok ini sesuai diletakkan di sudut ruang tamu yang tidak terlalu gelap. Selain itu, boleh diletakkan di bilik air dan juga bilik tidur yang penting, ruangan itu teduh dan lembap.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *