Plant of the week – BOSTON FERN

IMPRA---Plant-of-the-week--Boston-Fern

Boston Fern adalah tumbuhan dari keluarga pakis.Ia boleh mengekalkan kelembapan udara dalaman anda supaya sentiasa sejuk. Boston fern ini sesuai untuk diletakkan diletakkan di atas para ataupun dibiarkan tergantung.

PENJAGAAN
Boston fern mudah dijaga pada suhu di antara 15°C hingga 21°C dan kawasan teduhan. Sesuai ditanam menggunakan tanah kompos seperti IMPRA Bio-Soil. Boston fern sesuai dengan tanah yang lembap tetapi elakkan terendam. Pastikan ian tidak terdedah kepada cahaya matahari secara terus. Sekiranya daun keperangan dan terdapat spora di bawahnya, potong daun tersebut dan tanam di dalam bekas yang baru untuk membiakkannya.

CABARAN
Boston Fern sangat sensitif kepada perubahan suhu dan juga kelembapan. Pastikan media tanaman sentiasa lembap dan pasu diletakkan di kawasan teduhan. Selain itu, ia rentan terhadap serangan nematode. Pastikan media tanaman diberi rawatan sebelum menanam untuk mengelakkan serangan nematod.

KELEBIHAN
Boston fern mampu mengekalkan kelembapan udara persekitarannya. Selain itu, ia boleh menyerap unsur toksik seperti formaldehyde, xylene dan toluene. Jadi ia sesuai diletakkan di dalam garaj, bilik air dan juga bilik tidur.

PEMBAJAAN
Boston fern ini tidak memerlukan baja yang banyak. Cukuplah diberi baja khas paku pakis sebulan sekali.

LOKASI SESUAI
Boston Fer sesuai diletakkan di kawasan yang kurang cahaya matahari seperti ruang tamu, bilik tidur, garaj dan bilik air. Ia boleh mengekalkan kelembapan dan juga mengekalkan suhu sejuk.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *