Plant of the week – AGLAONEMA RED

IMPRA - Plant of the week - Aglaonema Red-01

Aglaonema red merupakan salah satu tanaman hiasan yang menarik dan mudah dijaga. Ia mempunyai warna daun yang menarik iaitu merah, merah jambu dan juga hijau. Ia sesuai diletakkan di atas meja kerja,meja makan, ruang tamu, dan juga bilik tidur. Selain sebagai tanaman hiasan, ia juga berupaya untuk menyerap unsur-unsur toksik yang berada di dalam udara seperti formaldehyde dan juga benzene. Kajian daripada NASA mencadangkan untuk meletakkan setiap satu pokok ini untuk keluasan 100 kaki per segi.

PENJAGAAN
Aglaonema red ini mudah dijaga dan sesuai diletakkan di mana-mana ruang dalaman rumah. Ia boleh tumbuh walaupun dalam ruang yang rendah kadar pencahayaan. Ia juga tidak memerlukan penyiraman yang kerap kerana ia gemar tanah yang kering. Jadi untuk yang sibuk bekerja atau bercuti panjang, tidak ada masalah sekiranya meninggalkan tanaman anda untuk jangka masa yang panjang.

CABARAN
Aglaonema red mudah diserang penyakit reput akar jika tanah terlalu lembap dan air bertakung. Selain itu, hujung daun selalu keperangan mungkin disebabkan banyak factor seperti terlebih ari, kurang baja dan serangan penyakit. Selain itu, penggunaan air paip untuk menyiram juga boleh menjadi punca masalah tersebut. Aglaonema red juga harus diletakkan di tempat yang tinggi atau jauh dari laluan dan anak kecil kerana tumbuhan dari keluarga keladi adalah beracun.

KELEBIHAN
Aglaonema red boleh membersihkan udara persekitaran. Ia dapat menyerap unsur-unsur toksik seperti formaldehyde dan benzene daripada udara. Ia juga mudah ditanam dan senang dijaga.

PEMBAJAAN
Aglaonema red boleh diberi baja 2x sebulan untuk mengekalkan warna daun supaya nampak cantik dan pokok kekal subur.

LOKASI SESUAI
Aglaonema Red sesuai diletakkan di mana-mana kawasan rumah kerana ia tidak cerewet dalam penjagaan cahaya matahari. Pastikan ia diletakkan di tempat yang jauh dari tempat makanan dan juga budak kecil kerana cecairnya beracun dan menyebabkan radang serta kegatalan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *