Pisang Tutup Aurat

Kali pertama terbaca mengenai pisang tutup aurat memang menarik perhatian. Pernah disiarkan di TV1 pada April 2015. Pisang yang diberi nama pisang tutup aurat ni kerana struktur buahnya yang mempunyai seolah-olah kain yang menutup buah-buahnya dan memang sangat menarik!

IMPRA-Pisang tutup aurat

Berdasarkan TV1, buah tersebut ditanam didalam kawasan surau di Paloh 2, Kelantan. Benihnya dihadiahkan kepada imam surau tersebut oleh kenalan dari Thailand & difahamkan bahawa pokok pisang tersebut di Thailand, digunakan sebagai tanaman hiasan untuk Raja-raja di Thailand. Tak hairanlah sebab buahnya yang boleh dikatakan cantik juga & sesuai dijadikan hiasan.

impra-pisang tutup auratimpra-pisang tutup aurat

 

 

 

 

 

Pokok pisang tutup aurat ini atau nama saintifiknya Ensete Glaucum ini berasal dari kawasan tanah tinggi di negara China dan hidup di kawasan yang sejuk. Pokok pisang ini akan bertambah cantik dan sesuai dijadikan hiasan apabila pokoknya semakin membesar. Malah, buah pisang tutup aurat ini juga unik berbanding buah-buah pisang yang terdapat di Malaysia.

impra-pisang tutup aurat

Jom tonton video tersebut dibawah.

pinit fg en rect red 28 - Pisang Tutup Aurat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *