Perangkap Lalat Buah

Lalat buah (Bactrocera spp) sejenis serangga yang sering menyerang buah. Petani yang mengusahakan tanaman buah pasti tidak berasa senang dengan musuh tanaman mereka ini.

Ia sangat gemar pada tanaman buah seperti nangka, tomato, jambu batu dan pelbagai jenis buah lagi.

Berikut cara mudah untuk menyediakan perangkap lalat buah. Peralatan yang diperlukan antaranya:

  1. Botol Plastik
  2. Tali rafia
  3. Methyl Eugenol
  4. Kapas
  5. Paku
  6. Air bersih

Gunakan paku untuk membuat lubang di sekeliling bahagian bawah penutup botol. Ambil kapas dan basahkan kapas meggunakan Methyl Eugenol.

Kemudian masukkan sedikit air bersih ke dalam botol dan masukkan kapas ke dalam botol.

Tutup botol dan ikat tali rafia di leher botol dan gantung botol itu di kawasan kebun buah anda. Sangat mudah, selamat mencuba.

*** Sila SHARE jika anda rasa ia bermanfaat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *