Penghalau Nyamuk & Serangga Semulajadi!

Kaedah pembiakan nyamuk yang terlalu mudah menambah kepada antara sebab kepada pelbagai jenis penyakit terutama di Malaysia. Jika anda tidak mahu menggunakan bahan kimia untuk menghalau nyamuk, anda boleh menanam beberapa tumbuh-tumbuhan ini untuk membantu menghalau nyamuk secara semulajadi sebagai langkah tamabahan. Jom kita layan satu persatu.

Lavendar

lavender-baja cecair impra

Perasan atau tidak bahawa pokok lavender jarang sekali diganggu serangan serangga? Ia adalah kerana aroma yang harum, yang berasal dari minyaknyaa yang terdapat di daun. Malah dikatakan bahawa minyak lavender membantutkan kemampuan nyamuk menghidu! Pokok lavender merupakan pokok yang sangat tahan lasak dan memerlukan matahari sepenuhnya. Malah memerlukan aliran air yang baik dan juga ia dapat membiasakan dengan pelbagai iklim, ia tumbuh subur di kawasan yang lebih panas.

Marigolds

marigolds-baja cecair-IMPRA

Marigolds, atau lebih dikenali sebagai bunga tahi ayam amnya di Malaysia, mengeluarkan bau yang menghalang nyamuk. Tanam pokok ini di dalam pasu dan letakkan berhampiran dengan laluan halaman atau pintu masuk anda untuk menghalau serangga. Marigolds juga sesuai dijadikan seolah-olah pagar bagi taman atau halaman anda. Menurut NYBG, bukan sahaja mereka boleh menjauhkan nyamuk, tetapi mereka juga menghalang aphids, thrips, whiteflies, kumbang kacang Mexico, pepijat skuash, dan ulat ulat tomato.

Citronella Grass

citronella-grass-baja cecair impra

Dikenali juga sebagai serai wangi dengan bau yang tersendiri, serai wangi adalah bahan semula jadi yang biasa digunakan dalam menghalau nyamuk.  Pokok serai wangi adalah antara pokok yang paling mudah ditanam dan diurus. Pokok serai adalah bahan organik yang paling berkesan menghalau nyamuk dan kebanyakkan haiwan/serangga perosak. Banyak produk dipasaran menggunakan serai wangi sebagai bahan utama. Malah kami turut menggunakan serai wangi sebagai antara bahan dalam produk IMPRA.

 

Rosemary

rosemary-plants-baja cecair-impra

Penghalau nyamuk yang lain adalah rosemary. Rosemary adalah herba yang boleh didapati di nurseri berdekatan anda. Aroma dari pokoknya berupaya menghalau nyamuk dan lalat lobak. Rosemary sangat sesuai ditanam dalam iklim panas dan kering serta membesar dengan bebasnya. Rosemary juga boleh dipangkas menjadi pelbagai bentuk dan saiz. Rosemary juga dijadikan sebagai penambah perasa bagi masakan anda.

Basil

Basil-baja cecair-impra

Basil atau kemangi adalah herba lain yang juga boleh bertindak sebagai penghalang hama. Baunya yang seakan pedas menjadi sebab untuk menghalau nyamuk dan lalat. Disebabkan kesemua jenis basil berupaya menghalau serangga, anda boleh pilih apa jenis sekali pun untuk ditanam dalam taman atau kebun anda. Herba ini suka disimpan lembap, memerlukan saliran yang baik, dan suka cahaya matahari. Anda boleh menanam kemangi dalam bekas atau di taman, secara bersendirian atau dengan tumbuhan lain, selagi kedua-dua tumbuhan memenuhi keperluan yang sama.

Geraniums

scented-geranium-baja cecair-impra

Geranium yang berbau wangi antara tumbuhan penghalau nyamuk yang popular. Disyorkan oleh PlantShed, BBG, dan NYBG, baunya seakan-akan bau lemon, juga sedikit berbau seperti serai wangi. Geraniums wangi sangat cantik dan juga menghasil bau yang menghalang beberapa jenis serangga. Tumbuhan ini mudah ditanam dalam dalam iklim hangat, cerah, dan kering, tetapi jika anda berada di kawasan iklim yang sejuk, mereka boleh ditanam dengan pemangkasan berterusan.

Kepentingan kawalan nyamuk

Sepanjang tahun, nyamuk menjadi penyebar banyak penyakit termasuk malaria, demam denggi, demam kuning, ensefalitis, dan lebih baru-baru ini virus Barat Nil dan Zika. Di barat, nyamuk juga menjadi punca penyakit hati bercacing pada anjing. 

Sebagai tambahan kepada tumbuh-tumbuhan yang disenaraikan di atas, anda juga harus mengamalkan kawalan nyamuk yang baik di taman anda supaya perosak tidak membiak dengan mudahnya. Perkara terbaik yang boleh anda lakukan ialah menghalang air daripada bertakung, nyamuk boleh meletakkan beratus-ratus telur walaupun dalam satu sudu kecil air sahaja.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *