Penapis Udara Organik

Adanya tumbuhan merupakan antara satu ekosistem untuk manusia yang boleh diperhatikan didunia ini. Tumbuhan membekalkan oksigen dengan menyerap karbon dioksida yang dihembuskan oleh manusia. Jadi, antara penyumbang utama oksigen kepada manusia adalah tumbuhan.

Dah menjadi tanggungjawab kita sebagai manusia untuk memelihara dan menguruskan ekosistem tumbuhan supaya tidak pupus. Selain dari itu, tanaman yang tertentu turut membantu menapis udara didalam rumah atau pejabat. Antara tanaman hebat yang berupaya menjadi penapis semula jadi adalah pokok Lidah Mertua atau Lidah Ukar. Sifat daunnya keras, meruncing dan tajam. Dalam bahasa saintifilnya ialah Sansevieria.

impra-sanseviera

Pokok ini bagus diletak di dalam rumah. Ia serap polusi udara dalam rumah. Ia juga neutralkan udara kotor. Lebih menarik lidah mertua ini dapat kurangkan radiasi dari gelombang elektromagnetik. Lidah ular juga dikenali dengan manfaatnya kepada menghalang pembentukan kulat di dinding atau mold. 

Mold adalah toksin kepada otak. Menghidu spora dari mold boleh sebabkan lupa. Ada laporan kaitkan dengan anxiety. Lebih malang lagi spora dari mold ini kurangkan kehadiran sel otak baharu di hippocampus – pusat memori. Dia sebabkan keradangan atau inflamasi pada pusat memori.

impra-sanseviera2

Justeru penting untuk pastikan dinding di rumah terutamanya bilik tidur bebas dari mold. Bilik air juga bersih dari ancaman kulat ini. Cara mudah dengan kos yang rendah yang letakkan lidah ular atau lidah mertua ini di dalam rumah. Keluarkan seminggu sekali untuk pencahayaan.

Selain dari menjadi penapis organik didalam rumah, indoor plant digunakan juga untuk hiasan dalaman yang menjadikan sesuatu ruang lebih tenang & indah.

Selamat mencuba!

Sumber : DrRizal Abu Bakar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *