Orang panggil baby buah nangka!

Kita sedia maklum, rata-rata buah-buahan yang terdapat di Malaysia ada pasangan masing-masing. Antaranya rambutan dengan pulasan, langsat dengan dukong, tembikai dengan tembikai susu, dan banyak lagi. Tapi bagi nangka, kita selalu kaitkan dengan cempedak. Terdapat lagi satu buah yang dikatakan sebagai baby jackfruit oleh negara barat, iaitu buah gac. Buah gac merupakan buah yang berasal dari Vietnam dan banyak dijumpa di Asia Tenggara termasuk Thailand. Jom kenali buah gac.

IMPRA-buah gacIMPRA-jus buah gac

 

 

 

 

 

 

Apa itu buah gac?

Buah gac yang dikenali sebagai baby jackfruit dan pelbagai lagi nama diberi oleh negara barat. Semakin popular dan banyak ditanam selain daripada Vietnam. Jus dan benihnya boleh didapati secara online. Malah ada juga rakyat Malaysia yang dah mula menanam (Sumber : Kebun Bandar: Jom Tanam Sendiri) Buah gac hanya berbuah 2 kali dalam setahun, jadi buah gac ini bermusim. Mula berputik dari bunga dan menjadi buah berwarna hijau dan masak berwarna oren. Kulitnya berduri halus, isinya berwarna oren gelap dan lembut. Malah ada yang menyatakan rasanya seolah-olah buah avocado. Rasanya tidak berapa manis.

IMPRA-pokok buah gac

Kelebihan buah gac?

IMPRA-Kelebihan buah gac

Sumber : Specialty Produce

Buah gac ini dikatakan mempunyai khasiat yang melebihi khasiat pelbagai buah dan tanaman yang lain. Buah gac mempunyai sehingga 70 kali ganda lycopene berbanding tomato,  10 kali beta-carotene berbanding lobak dan 40 kali ganda vitamin C berbanding buah oren. Berkhasiat betul!

IMPRA-xoi-gac

Di Vietnam, semasa perayaan hari Tet Vietnam atau dikenali sebagai  “Feast of the First Morning of the First Day”, mereka akan menyediakan makanan bagi perayaan tersebut iaitu, nasi melekit yang berperisa kulit kayu manis dan berwarna oren gelap yang diambil dari buah gac sebagai pewarna. Buah gac turut digunakan bagi perubatan traditional oleh kaum Cina.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *