Khasiat Kurma Ajwa

IMPRA-Khasiat kurma ajwa

Ada juga segelintir antara kita yang tak boleh makan buah kurma. Ada yang tak biasa dengan rasanya, ya lah, buah kurma bukannya buah yang se-ruji buah-buahan seperti tembikai, mangga dan lain-lain kan?

Tapi, umumnya kurma memang terbukti dengan kelebihan-kelebihan yang sesuai kita nikmati terutama dalam bulan Ramadhan ni. Banyak kelebihan malah keberkatan kita boleh dapat, semua orang pun tahu. Terutamanya KURMA AJWA.

Rasululullah s.a.w berkata “Siapa yang makan 7 biji kurma Ajwa setiap pagi, tidak akan memudaratkannya pada hari itu racun dan sihir (Sohih Bukhari 5445; Book 70, Hadith 74)

IMPRA-Jenis KurmaMerujuk kepada kajian yang ada, kurma ajwa selain dari terkenal sebagai kurma Rasulullah s.a.w ni, mengandungi bahan antioksidan atau bahan yang membuang toksik dalam badan kita. Lagi best, bahan ini jugak adalah bahan ANTIKANSER berbanding jenis kurma-kurma yang lain.

Ada juga kajian menunjukkan esktrak air biji kurma ajwa dan sukkari membantu untuk menurukan kadar gula dalam darah.

Patutlah Rasulullah s.a.w menganjurkan kita untuk mengamalkan makan buah kurma, cuma harga kurma ajwa ni boleh tahan juga. Tapi apa salahnya, perlahan-lahan kita kena ubah mindset untuk lebih mengutamakan kesihatan kita.

Sumber : Dr Suri Roowi

pinit fg en rect red 28 - Khasiat Kurma Ajwa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *