Ada Apa Dengan Durian

­čŹâ┬áDurian kaya bahan asid amino tryptophan – bahan ini menenangkan fikiran dan sesuai untuk orang yang ada masalah┬áinsomnia (susah tidur).

­čŹâ┬áBahan ORGANOSULFUR (bahan bau) bersifat anti-kanser antioksidan, anti-mikrob, antihipertensi. Durian merupakan satu-satunya buah tropika yang tinggi kandungan organosulfur.

­čŹâ┬áPesakit kencing manis TIDAK boleh makan durian secara BERLEBIHAN kerana kandungan gula yang sangat tinggi.┬áIa boleh menyebabkan paras gula menjadi tidak terkawal & boleh menyebabkan ‘Ketoacidosis’ & sangat merbahaya.

impra-potassium

­čŹâ┬áDurian kaya dengan POTASSIUM. Sesiapa yang ada masalah buah pinggang kronik, (End stage renal failure ESRF) dan perlu dialisis tak boleh makan banyak atau baik tidak payah makan langsung!┬áKandungan Potasium yang tinggi ini boleh menyebabkan pesakit buah pinggang mendapat sesak nafas, sakit dada dan rentak jantung (ECG) menunjukkan sinus arrest dengan kadar denyutan jantung bawah 40 perminit – Haemodialysis kecemasan perlu dilakukan atau pesakit boleh mati mengejut akibat kegagalan jantung!

­čŹâ┬áKepada pesakit yg mengalami masalah jantung & sedang mengambil ubat-ubatan seperti Frusemide & Slow K juga tidak patut mengambil durian kerana kandungan Potasium yang tinggi dalam durian boleh menyebabkan jantung pesakit berdenyut tidak normal & boleh menyebabkan mati mengejut!

­čŹâ┬áElak makan durian bersama paracetamol @ alhohol dan minuman bergas seperti coca-cola kerana mungkin boleh sebabkan kesan toksik kepada badan.

Justeru makanlah durian ikut kadarnya dan jangan berlebihan. Kepada pesakit kencing manis, yang menghidap masalah jantung dan kepada pesakit buah pinggang kronik (sama ada yang sudah kena dialisis atau belum) boleh terus lupakan durian dlm hidup anda!

Sumber : Dr Suri Roowi

1 thought on “Ada Apa Dengan Durian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *