Kesan Ph tanah kepada tanaman

Tanah merupakan media asas dan penting bagi tanaman. Ini kerana tanah memberikan sumber nutrient utama untuk tanaman. Secara asasnya, kita hanya mengenali tanah melalui rupa bentuk fizikal sahaja. Contohnya, tanah organik berwarna hitam dan baik kerana banyak mengandungi nutrient. Seringkali tanggapan ramai mengatakan semakin gelap tanah semakin bagus kualitinya kerana mengandungi banyak bahan organik dan nutrient tersedia. 

Kebanyakkan kita tidak mengambil berat faktor-faktor lain yang mempengaruhi kadar penyerapan nutrient oleh akar. Antaranya ialah keadaan  pH tanah. pH iaitu potential hydrogen amat penting untuk hampir semua jenis tanaman. Keadaan pH yang sesuai membolehkan ketersediaan nutrient dalam tanah dapat diserap oleh pokok pada bila-bila masa sahaja.

Sekiranya  pH tanah tidak sesuai, maka nutrient tanah tidak dapat diserap dan boleh menjadi racun kepada pokok. Apabila ini berlaku, tanaman akan mati ataupun kurang subur.  Untuk menyelesaikan masalah ini, kami di Rizatrade Resources mencadangkan agar setiap petani atau pekebun supaya memiliki alatan untuk menyukat pH tanah. Ini akan memudahkan untuk proses penyediaan tanah sebelum kerja-kerja penanaman dilakukan. Penjagaan kualiti pH tanah akan menjamin kesuburan tanaman dan hasil tuaian yang bakal diperolehi nanti.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *