Kenali 3 Jenis Serangga Perosak Jambu Batu

Jambu batu adalah antara tanaman yang ditanam secara komersil di Malaysia. Tanaman ini tidak terlepas daripada serangan serangga.

Bagi mengenal pasti jenis serangga yang gemar menyerang tanaman jambu batu antaranya adalah:

IMPRA - 3 serangga jambu batu

  1. Lalat buah – serangan berlaku apabila lalat betina bertelur pada buah yang masih muda hingga matang. Setelah bertelur larva akan mula bertindak memakan isi buah yang menyebabkan buah membusuk tetapi tidak menyeluruh.
  2. Kutu daun – putik, buah dan bunga jambu batu menjadi sasaran serangga ini. Kutu ini biasanya merosakkan lapisan luaran permukaan buah. Pada musim kemarau kutu ini boleh menimbulkan masalah yang serius terutama kawasan yang baru ditanam.
  3. Kutu putih – serangga jenis ini tidak kelihatan seperti serangga tetapi ia lebih menyerupai kapas. Hama ini bertindak menghisap cecair tanaman dan jika jumlahnya banyak ia boleh menyebabkan pokok jambu batu layu dan seterusnya mati.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *