Kenal pasti umur produktif kelapa sawit!

KENAL PASTI UMUR PRODUKTIF KELAPA SAWIT

Kelapa sawit tumbuhan yang berasal dari Barat Amerika dan tumbuh subur di pantai barat Afrika, Gambia dan Angola. Ia juga mampu tumbuh subur di kawasan hutan hujan seperti di Malaysia, Indonesia, Congo dan Kenya.

Sebagai salah satu komoditi paling penting di Malaysia, hasil keluaran minyaknya sudah dieksport ke beberapa negara di benua Eropah, Amerika dan Australia.

Secara umum, pokok kelapa sawit mula berbunga pada usia dua hingga tiga tahun. Istimewanya tanaman ini, bunga jantan dan betina berada dalam satu tandan.

Pokok kelapa sawit dianggap dewasa bila sudah memasuki umur 33 hingga 34 bulan. Ketika ini siri bunga jantan dan betina muncul dengan berlakunya perubahan kitaran. Penanam perlu melakukan pendebungan silang secara manual.

Hasil daripada pendebungan ini akan menghasilkan beribu-ribu bunga yang akan bertukar menjadi tandan buah dengan hasil antara 500 hingga 20,000.

Umur produktif pokok kelapa sawit dikira daripada bunga betina berbuah hingga mencecah umur tiga tahun. Secara keseluruhan, kelapa sawit mampu mengeluarkan hasil sehingga berumur 25 tahun.

SETIAP ILMU YANG BAIK KALAU DIKONGSI MENJADI SEDEKAH, SILAKAN SHARE…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *