Kelebihan baja slow release

Menguruskan taman atau tanaman yang sihat dan menyeronokkkan adalah lebih daripada hanya membaja dan menyiram semata-mata. Kebun tanaman merupakan salah satu benda hidup yang memerlukan perhatian. Ini bermaksud pengurusan aktiviti bercucuk tanam seperti menyiram dan membaja dengan jumlah yang betul adalah wajib. Oleh yang demikian, adalah juga dicadangkan menggunakan baja slow release bagi mengawal aktiviti berkebun anda.

Berikut adalah beberapa kelebihan menggunakan baja slow release.

Rumput yang lebih hijau!

Nitrogen merupakan bahan utama yang bertanggungjawab dalam proses pembesaran tanaman. Maka, untuk tanaman anda kekal hijau dan sihat, nitrogen adalah sangat kritikal. Jadi, penggunaan baja slow release membantu tanaman anda sentiasa dibekalkan dengan nitrogen selama 3 bulan, malah ada jenama yang mampu membekalkan nitrogen sehingga 6 bulan.

 

Lecur daun

Salah satu kesilapan pekebun adalah tidak tahu penggunaan baja yang betul. Jadi, kebanyakkan pekebun akan membaja mengikut suka hati dengan harapan, tanaman mereka akan membesasr seperti juara. Akibatnya, penggunaan baja yang tidak terkawal akan menimbulkan cabaran lain iaitu fenomena lecur daun. Situasi ini diakibatkan oleh kebanyakkan baja dalam pasaran mengandungi garam. Baja slow release adalah lebih baik berbanding baja biasa dalam membekalkan nutrisi kepada tanaman bila masa pokok anda memerlukannya kerana tindakbalasnya mengeluarkan nutrisi secara perlahan dan sedikit kesan daripada penyiraman dan kepanasan matahari.

Sesuai untuk mereka yang berkerjaya!

Sesuai bagi mereka yang tidak mempunyai banyak masa dan terpasak mewujudkan jadual pembajaan yang rumit, baja slow release adalah sangat sesuai. Baja slow release tidak memerlukan pembajaan seperti baja lain yang selalunya dicadangkan kekerapakan pembajaan adalah 2-3 minggu sekali. Baja slow release hanya akan digunakan semula selepas 3 atau 6 bulan berdasarkan jenama baja tersebut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *