Manfaat kulit telur yang pelbagai!

Walaupun nitrogen, phosphorus dan potassium adalah tiga bahan utama yang menentukan kesihatan tanaman kita, kalsium juga tidak terkecuali dalam membentuk “tulang” yang kuat untuk tanaman kita. Kulit telur yang mengandungi kalsium karbonat sangat sesuai untuk diserap oleh tanah. Kulit telur boleh dihancurkan dan dicampur atau diletak diatas tanah kerana kulit telur memerlukan beberapa bulan untuk terurai dan diserap oleh akar tanaman.

impra - kulit telur sebagai makanan tambahan Tanaman yang suka akan kelebihan kulit telur adalah pokok tomato malah kulit telur sesuai diletakkan semasa menggantikan pasu atau tanah tanaman anda. Sekaligus untuk menambahkan lagi keberkesanan baja kulit telur anda, cuba tambahkan serbuk kopi bersama kulit telur yang mana serbuk kopi sangat kaya dengan nitrogen. Kulit tulir juga sangat membantu dalam menurunkan keasidan tanah.

Kulit telur pengawal serangga & haiwan perosak

impra - kulit telur sebagai pengawal haiwan perosak

Di negara barat, mereka gunakan kulit telur hancur sebagai pengawal serangan rusa pada tanaman mereka. Tapi mereka juga tetap berjaga-jaga, walaupun rusa tidak suka pada bau kulit telur, terdapat haiwan perosak lain yang suka pula dengan kulit telur, iaitu rodent, adik beradik tikus juga. Selain dari itu, kulit telur hancur boleh dimanfaatkan sebagai kawalan serangan siput.

Kulit telur sebagai serkup tanaman

impra - kulit telur sebagai serkup tanaman

Selain daripada sabut, tanaman kecil dan kulit kerang, kulit telur juga boleh dijadikan serkup bagi tanaman anda dengan syarat kuantiti yang banyak. Boleh jadi serampang dua mata, selain sebagai serkup tanaman, kulit telur secara perlahan boleh menjadi makanan tambahan tanaman kita!

Sekiranya anda rasa info ini bermanfaat, jom share dengan kawan-kawan yang lain 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *