19th February 2018

IMPRA Agro Spray

IMPRA Agro Spray - Baja Cecair (Foliar)

Sejajar dengan teknologi yang semakin berkembang, Rizatrade Resources Sdn Bhd mencipta baja semburan yang sedia guna. IMPRA Agro Spray merupakan baja semburan atau baja cecair foliar yang kaya dengan nutrisi yang dirumus khas untuk tumbesaran tanaman. Penggunaan baja cecair IMPRA Agro Spray memberikan penyelesaian yang sangat baik apabila sistem akar tumbuhan tidak berfungsi dengan optimum atau pemakanan melalui tanah yang tidak berfungsi. Bentuk pemakanan seperti baja cecair IMPRA Agro Spray ini sesuai apabila pengambilan akar terganggu oleh faktor-faktor seperti tanah yang terlalu sejuk atau panas, pH tanah tinggi, persaingan rumpai atau nematod yang tinggi. Malah juga ketika musim seperti musim sejuk dan panas di negara-negara barat.

Baja cecair IMPRA Agro Spray mengandungi campuran sebatian yang lengkap dengan bahan makro (N, P, K, Mg), bahan mikro (Fe, Mn, B, Zn, Cu, Mo) dan juga diperkaya dengan khasiat rumpai laut, asid humik & amino.

Sama seperti IMPRA Anti Pest, penggunaan baja cecair IMPRA Agro Spray yang berkala mampu membantu tumbesaran yang sihat dengan nutrisi yang seimbang untuk tanaman anda. Baja cecair IMPRA Agro Spray turut digalakkan disembur 1 atau 2 kali dalam seminggu atau 2 minggu pada waktu awal pagi atau awal petang untuk hasil yang lebih baik kerana waktu berkenaan adalah waktu dimana stomata pada daun mulai terbuka.

baja-cecair-impra-carousell-buy-now-icon shopee lazada-buy-now-icon 11street-buy-now-icon