Fenomena Baja Ceciar (Foliar)

Secara tradisinya, membaja adalah melalui akar dengan menabur baja kering ke atas tanah dan memerlukan air bagi melarutkan baja kedalam tanah sekaligus diserap oleh akar. Akar pada pokok diibaratkan seperti mulut bagi kita sebagai manusia. Namun, pokok turut mampu menerima nutrisi melalui bahagian lain seperti daun, batang & buah selain dari akar. Inilah apa yang dipanggil baja cecair foliar.

Baja cecair foliar bukanlah perkara baru di Malaysia kerana terdapat pelbagai produk baja cecair yang boleh didapati didalam pasaran Malaysia, samada offline atau online contohnya IMPRA – Agro Spray. Teknologi foliar ini telah terbukti berkesan dilaksanakan di Malaysia, dimana ianya telah digunapakai oleh ramai petani tanaman padi, kelapa sawit dan tanaman lain. Kelebihannya yang menyebabkan peningkatan hasil tanaman berganda menyebabkan baja cecair foliar ini semakin diminati ramai.

Baja cecair foliar merupakan baja yang disediakan samada sedia-sembur atau perlu dicampurkan dengan bancuhan air secara manual. Komposisi baja cecair membantu bahagian hijau pada tumbuhan menyerap nutrisi dengan pantas, ada kajian merekodkan penyerapan nutrisi baja cecair foliar ini hanya dalam masa satu jam. Bahagian daun terutamanya, akan menyerap baja cecair foliar ini melalui liang stomata dan meningkatkan aktviti fotosintesis dan respirasi pada sel tumbuhan.

IMPRa - baca cecair foliar

Baja cecair foliar dirumus bagi membantu kelemahan kemampuan akar menyerap nutrisi, terutamanya dikawasan negara-negara barat. Negara barat beriklim empat musim yang mana akan menyebabkan aktiviti akar terbantut terutama pada musim sejuk dan panas. Jadi, baja cecair foliar dijadikan sebagai plan B bagi memastikan pokok sentiasa mendapat nutrisi sepanjang masa.

Jangan pula kita lupa bahawa baja cecair foliar ini diibaratkan seperti makanan tambahan bagi kita ataupun vitamin. Pembajaan tradisi tetap perlu dijalankan kerana bagi memastikan akar berada dalam keadaan baik kerana akar yang sihat akan menghasilkan tanaman yang juga sihat.

Bila waktu terbaik untuk sembur?

Disebabkan baja cecair foliar dalam bentuk cecair maka, baja cecair foliar akan bertindakbalas dengan efektifnya ketika waktu pagi atau ada juga yang mencadangkan pada waktu petang. Pada dua waktu ini, bahagian hijau tumbuhan terutamanya daun, ia akan membuka stomata untuk menyerap semua nutrisi yang ada.

impra - daun lecur

Elakkan menyembur baja cecair foliar pada waktu tengah hari atau matahari terik. Ini akan menyebabkan kesan lecur pada daun dan mengakibatkan fenomena yang tak diingini pada tanaman kita. Pastikan bahagian atas dan bawah daun mendapat semburan baja cecair foliar. Disebabkan kelebihan baja cecair foliar mampu diserap dengan segera, maka nutrisi juga akan segera habis. Maka tanaman akan memerlukan nutrisi pada kadar yang lebih segera. Oleh yang demikian, jadual pembajaan baja cecair foliar ini perlu diwujudkan bagi memastikan kesan yang optimum.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *