Cara mudah tanam serai!

Kali ini kami ingin kongsikan bagaimana anda boleh manfaatkan lebihan sayuran yang anda beli dari terbuang. Kami pilih serai sebagai tanaman yang sebenarnya teramat mudah untuk ditanam semula malah sesuai ditanam dalam pasu, terutama mereka yang tinggal di apartment atau condominium.

Setiap kali memotong serai setiap kali untuk memasak, bahagian pangkal serai tersebut boleh ditanam semula dengan mudah sekali!

Simpan pangkal serai yang dipotong tadi dan diletakkan diatas tisu basah dan letakkan didalam bekas. Tempatkan pada kawasan yang redup. Itu sahaja! Serai sangat cepat untuk menghasilkan tunas baru!

IMPRA - bontot serai

Sumber : Facebook Kebun Bandar

Ya! Itu sahaja! Apabila dah mula keluar tunas baru, anda dah boleh mula tanam ikut kesesaian anda samada didalam pasu atau secara terus didalam packaging tanah, sebagai contoh IMPRA Bio Soil. Malah boleh terus tanam diatas tanah!

Jom kongsikan sebanyak yang mungkin dengan rakan-rakan anda untuk manfaat semua!

Selamat mencuba!

Sumber : Siti Nurul Aini via Kebun Bandar

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *