Cara mudah tanam daun kesum!

Banyak tanaman yang kita boleh tanam dirumah terutama tanaman yang kita gunakan setiap hari dalam masakan. Antaranya, daun bawang, daun sup, serai, dan kali ini kami akan kongsikan cara menanam daun kesum dalam botol dengan mudah.

Teknik ini lagi seronok sebab, ianya adalah penanaman self-watering! Jom kita lihat langkah demi langkah yang sangatlah mudah.

Barang yang diperlukan:

  1. Botol minyak atau apa jenis pun boleh
  2. Gunting
  3. Cutter
  4. Kain atau tali mop sebagai sumbu

Langkah 1

Potong botol minyak kepada 2 bahagian.
IMPRA - Tanam daun kesumLangkah 2

Buatkan lubang di tengah-tengah penutup botol sebagai ruang untuk kain/tali mop.
IMPRA - Tanam daun kesum - buat lubangLangkah 3

Masukkan kain/tali mop pada lubang penutup botol yang akan bertindak sebagai sumbu & tutup semula botol.
IMPRA - Tanam daun kesum - masukkan kainLangkah 4

Isikan bahagian bawah botol dengan air & masukkan tanah kedalam bahagian atas botol.

 

 

 

 

 

Langkah 5

Beli daun kesum atau boleh beli benih di mana-mana online marketplace dan tanam! Pilih keratan yang mempunyai batang yang matang atau keras sedikit.
IMPRA - Tanam daun kesum - tanam keratan daun kesum

Itu sahaja! Senang sangat bukan? Jika anda rasakan cara ini bermanfaat, share dengan kawan-kawan yang lain. Boleh tonton video dibawah untuk demonstrasi.

Lagi banyak kita memberi, lagi banyak kita akan menerima 🙂

Sumber : Pusat Internet 1Malaysia Jeram TekohKebun Sejemput

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *