Cara Mudah Bunuh Koya Secara Organik!

Cabaran pekebun yang utama selain dari memastikan tanaman tumbuh sihat dan segar adalah memastikan tanaman mereka terhindar daripada serangan serangga perosak. Terdapat bermacam jenis serangga perosak contohnya beluncas, koya, kutu daun, spider mite, white fly dan hari ini kami ingin kongsikan cara mudah untuk membunuh koya buatan sendiri.

IMPRA-koya bena

Koya atau juga dikenali sebagai bena putih adalah antara serangga perosak yang seringkali menjadi perosak utama tanaman. Sifatnya yang menyerap cecair tanaman menyebabkan tanaman terbantut dan akhir sekali akan menemui ajal. Memang menjadi satu cabaran biasa para pekebun. Jadi, kami ingin kongsikan cara mudah bunuh koya buatan sendiri menggunakan bahan-bahan yang mudah didapati didalam rumah sahaja tanpa perlu menggunakan racun kimia yang rata-ratanya mahal dan membahayakan manusia.

Antara bahan-bahan dan alatan yang diperlukan adalah:

Bahan A

  1. Bawang putih – 1 labu
  2. Cili padi – 6 biji
  3. Air  – 300 mL (satu cawan biasa)

Bahan B

  1. Minyak masak (apa-apa jenis minyak masak pun boleh) – 1 sudu makan
  2. Sabun pencuci pinggan (tak kisah jenama apa pun) – 1 sudu teh

Bahan C

  1. Penapis
  2. Penyembur – 1.5 L

Langkah-langkah:

  1. Tapis bahan A dan ambil patinya. Hampas kisaran boleh dibuang pada pangkal pokok untuk dijadikan baja.
  2. Simpan pati di dalam bekas dan masukkan ke dalam peti ais untuk tahan lama.
  3. Masuk 100 mL pati dan bahan B ke dalam penyembur.
  4. Isi air penuh botol penyembur (1.5 L)
  5. Goncang sehingga semua bahan sebati.
  6. Sembur sampai basah daun terutama bawah daun dengan kadar tiga hari sekali pada pokok bermasalah.
  7. Jika pokok tiada masalah serangga, sembur juga sebagai kawalan.

Sebagai langkah berjaga-jaga, jika tanaman layu selepas semburan pertama, siram tanaman itu dengan air yang banyak. Jadi semburlah sedikit demi sedikit bagi mengelakkan tanaman layu dan terus mati. Selamat mencuba!

Antara kaedah yang lebih memudahkan jika anda tiada banyak masa atau peralatan bagi membuat bancuhan ini sendiri, anda juga boleh gunakan IMPRA Anti Pest yang merupakan semburan sedia guna bagi mengawal serangan serangga perosak yang terbukti berkesan.

 

1 thought on “Cara Mudah Bunuh Koya Secara Organik!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *