Cara Merawat Kemboja Cina – Busuk Akar

Anda ingat lagi tak? Post kami mengenai dessert rose atau kemboja cina pada minggu lepas?

Seperti yang kami janjikan dan ada yang dah bertanyakan bagaimana untuk merawat pokok kemboja cina jika berlaku cabaran buruk akar. Kami sangat memahami perasaan penggemar kemboja cina apabila menghadapi cabaran buruk akar. Bukan apa, bertahun kita tanam dan jaga pokok kita, sekali diserang buruk akar, kalau tiada ilmu memang selalunya pokok itu akan mati. Kemboja cina antara pokok yang agak mahal juga dikalangan tanaman berbunga yang ada dalam pasaran kita di Malaysia.

Sebagai penggemar kemboja cina, kita perlu tahu beberapa tanda awal yang mungkin memberi tanda pokok anda sedang mengalami buruk akar. Contohnya, daun mula menguning, mengkerekot dan nampak layu. Apa yang lebih penting adalah anda perlu kerap periksa caudex atau ubi pokok terutama ketika musim hujan. Tekan caudex dan perhatikan jika ianya berkedut dan lembut, anda perlu rawat secepat mungkin sebelum merebak ke bahagian lain. Sebab itulah sangat kritikal untuk kita menggunakan media yang poros supaya air tidak ada peluang bertakung.

Ikuti langkah-langkah pencegahan dibawah:

  1. Selepas memastikan caudex pokok anda memang mengalami busuk akar, keluarkan pokok anda dari pasu dan bersihkan caudex dari tanah.
    impra - cabut kemboja cina dari pasu
  2. Potong bahagian caudex yang busuk bahagian demi bahagian sehinggalah menampakkan bahagian yang putih bersih tanpa sebarang tompok hitam atau berwarna keperangan atau kusam.
    impra - potong bahagian kemboja cina yang busuk
  3. Selepas memotong bahagian yang buruk, bahagian yang selamat tersebut perlu disapukan bahan anti-kulat samada cecair atau serbuk. Jenama apa pun boleh digunakan. Malah boleh juga gunakan serbuk kunyit atau serbuk kulit kayu manis bagi mengeringkan bahagian potongan dengan cepat.
  4. Gantung pokok sekurang-kurangnya 5-7 hari bagi memastikan tiada lagi bahagian pokok yang lain terkesan dengan masalah buruk akar.
  5. Selepas seminggu, anda boleh tanam semula pokok anda seperti biasa.

Selamat mencuba!

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *