Booster Roti!

Macam-macam cara nak buat tanaman kita jadi gemuk dan sihat kan? smile Ada yang pakai baja kimia, ada yang pakai baja organik, yang tak guna baja pun ada, sebab terlupa hehe File:icon biggrin.gif

Tapi hari ini kami nak kongsikan antara teknik membuat booster roti yang sangatlah mudah!eek Jom kita lihat langkah demi langkah dibawah. Rugi tak cuba tau cool

Booster tersebut adalah baja roti! Ya, booster yang diperbuat daripada roti! Biasalah, kalau dirumah pasti ada lebihan roti yang dah melebihi tarikh luput, daripada dibuang, bolehlah kita manfaatkannya!

IMPRA - Baja Organik Roti

Sumber : Nor Asnidayanti‎ via Facebook Kebun Bandar: Jom Tanam Sendiri

Ramuan:

  • Air hujan atau paip yang dibiarkan semalaman.
  • Roti yang expired.
  • Baldi atau bekas yang sewaktu dengannya.

Langkah-langkah:

  1. Ambil roti yang expired dan carik-carikan.
  2. Masukkan roti tadi kedalam baldi berisi air hujan atau paip. (1 liter air bersamaan dengan 1 keping roti)
  3. Tutup dan biarkan rendaman dalam 3 hari.

Cara penggunaan:

  1. Kacau rendaman sebelum menggunakannya, sebab roti itu akan terurai.
  2. Untuk menyiram pada tanaman, campurkan sedikit dengan air hujan atau paip supaya campuran roti itu tidak terlalu pekat.
  3. Siram pada tanaman sepertimana anda menyiram dengan air biasa.

Itu sahaja surprised? Ya, itu sahaja langkahnya! Mudah sangat. Anda boleh cuba dirumah dan lihat hasilnya sendiri.

Jom kita gemukkan tanaman kita, yang memang dah gemuk jadikan lagi gemuk! biggrin

Jom kongsikan dengan rakan-rakan lain supaya semua dapat manfaat perkongsian ini!

Sumber : Nor Asnidayanti‎ via Facebook Kebun Bandar: Jom Tanam Sendiri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *