Baja foliar tidak asing lagi!

Usah Pelik dengan baja foliar
Baja foliar adalah baja yang larut dalam air dan disembur terus kepada anak pokok. Semburan baja foliar merupakan kaedah yang sangat berkesan untuk memberi nutrien kepada pokok kerana daun mampu menyerap nutrien menerusi stomata dan epidermis sel daun.
Kadar keberkesanan penggunaan baja foliar adalah 12% -25% lebih baik berbanding baja biji kerana sentuhan fizikal baja ke sel tumbuhan berlaku sepenuhnya.
Terdapat 2 jenis baja foliar iaitu baja foliar bukan organik dan baja foliar organik. Baja foliar organik ialah baja yang telah dicampurkan bahan nutrient dari sumber lautan dan diformulasikan dalam bentuk mudah serap oleh tumbuhan manakalan baja foliar bukan organik merupakan campuran unsur nitrogen, kalsium, boron, ferum, potassium yang disediakan oleh pihak pengeluar baja dalam bentuk cecair berkepekatan tinggi dan mudah serap oleh akar dan daun anak pokok.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *