ARANG BANTU SUBURKAN TANAMAN

Admin yakin, mereka yang biasa bercucuk tanam mesti tahu pelbagai jenis bahan untuk dijadikan media tanaman kan? Kebiasaannya 3 jenis campuran akan digunakan untuk dijadikan media iaitu top soil, bahan organik & pasir. Namun, tahukah anda pelbagai pendapat & cadangan bahan tambahan untuk menambahkan kesuburan tanaman anda? Termasuklah arang 🙂
 
Sebenarnya arang mempunyai kelebihan sendiri yang kita mungkin tidak tahu 🙂 Kalau kita tanya pakcik Google pun kita boleh dapati pelbagai kelebihan menggunakan campuran arang sebagai media tanaman. Antara jenis tanaman yang selalu dikaitkan dengan arang sebagai media tambahan adalah semestinya bunga orkid dan kemboja cina.
 
Kalau anda nak tahu, arang mempunyai sifat semulajadi membantu meningkatkan pH tanah supaya lebih alkali. Sebab? Tanah yang berasid akan menyebabkan pembantutan keupayaan akar menyerap nutrisi melalui akar. Kalau daun tanaman mulai kuning, itu adalah salah satu tanda tanah anda berasid. Hanya arang yang asli sahaja sesuai digunakan. Bukan arang yang telah dicampur bahan kimia lain contohnya arang yang digunakan dalam aquarium ikan atau arang untuk BBQ 🙂
 
Arang juga mampu menjadi punca sumber air bagi tanaman anda kerana arang meningkatkan keupayaan menyerap air dan malah arang juga dipercayai berupaya mengeluarkan toksin keluar dari tanah. Bagus kan arang? Malah, terdapat beberapa jenis bakteria & kulat bermanfaat bagi tanaman yang terbentuk dengan kehadiran arang dalam media tanaman anda 🙂
 
Tuan Puan bolehlah cuba ya 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *