Apa Itu Kompos?

APA ITU KOMPOS ?

Kompos ialah bahan yang terhasil dari proses pereputan bahan organik (daun-daun, rumput kering, sisa makanan yang tidak berminyak, berlemak dan bukan daging, dsbnya). Kompos adalah makan yang baik untukk tumbuhan. Selain dari itu, kompos dapat membaiki tanah dari tidak subur menjadi subur.

Kompos (compost) ialah bahan-bahan organik yang telah reput melalui pengomposan semula jadi atau pengomposan secara manual yang diguna semula sebagai baja dan sebagai pembaikpulih tanah. Kompos adalah asas kepada bahan-bahan di dalam pengamalan pertanian organik secara kecil-kecilan atau pun komersil. Kompos akan menukarkan tanah di kebun kita kepada warna hitam, memperbaiki struktur tanah. Kompos kadang kala digelar sebagai emas hitam oleh para petani atau peladang yang biasa menggunakannya nilainya dalam pertanian sangat tinggi.

KOMPOS DIPERBUAT DARIPADA BAHAN APA?

Kompos terhasil melalui pereputan semulajadi bahan-bahan seperti rumput kering, daun-daun kering, ranting mudah reput, sisa buangan dapur, sisa sayuran, buah-buahan dan sebagainya. Secara umum, di kawasan hutan tebal daun-daun kering yang gugur dan pokok kayu yang mati akan terkompos secara semulajadi oleh mikroorganisma pengurai. Ia akan menjadi humus dan sebagai makanan kepada tumbuhan yang masih hidup. Bagi cara manual ia dikumpulkan dalam satu bekas dan dibiarkan mereput sehinggalah ia bertukar menjadi kompos yang tidak berbau, berwarna hitam dan kaya dengan zat makanan.

Mengapa mengompos ?

1. Menyuburkan tanah secara alami, zat pada kompos yang terhasil digunakan oleh tanaman sebagai sumber makanan selain daripada baja kimia yang digaul bersama.

2. Memperbaiki struktur tanah. Kompos berperanan mengurangkan keleketan pada tanah khususnya tanah jenis liat (clay) agar ruang udara dapat meresap masuk ke dalamnya. Mengeratkan kepadatan pada tanah berpasir supaya nutrient tidak cepat hilang disebabkan oleh hujan lebat.

3. Meningkatkan kapasiti penyerapan air oleh tanah. Kompos memperlambatkan kehilangan kandungan air dalam tanah, berkeupayaan menyerap air serta melembabkan tanah pada tahap maksima.

4. Meningkatkan kandungan nurisi dalam tanah. Bakteria pengurai dalam kompos menjalankan tugasnya secara alami, semasa proses penguraian nutrisi terhasil untuk tanaman.

5. Mengekalkan kelembapan pada tanah. Kompos dapat mengekalkan kelembapan jika dijadikan sebagai mulsa.

6. Memperbaiki struktur pengudaraan pada tanah. Udara dalam tanah bebas bergerak dengan rongga-rongga pada tanah yang digaul bersama kompos. Udara penting untuk tanaman.

7. Mikroorganisma dalam tanah membantu menghuraikan segala bahan organik ini seterusnya membekalkan nutrisi pada tanaman.

8. Menyihatkan dan meransang pertumbuhan tanaman dengan jayanya.

Beberapa cara untuk membuat kompos.

a. Kompos cara biasa yang menggunakan daun2 kering dan sisa tanaman dan sayuran.
b. Kompos bokashi, biasanya dibuat menggunakan sisa makanan dan sisa dapur, dibuat dalam bekas dan menghasilkan jus bokashi ( air sisa yang g juga dipanggil leachate).
c. Kompos menggunakan cacing (vermicompost).

Di mana saya membuat kompos ?
Di belakang rumah, teres, dalam pasu, dikawasan yang tidak dibasahi hujan.

KOMPOS BIASA

Kompos ini mereput dengan bantuan bakteria, dan juga dengan bantuan ulat BSF (black soldier fly) dan serangga2 lain. jika anda geli melihat ualt BSF.. saya cadangkan anda biarkan sahaja kompos tersebut terurai sendiri selama 2 atau 3 bulan tanpa perlu membuka kotak/pasu tersebut.

Anda perlukan :

a. Pasu/bekas polisterin/baldi/kotak plastik. Tak perlu ada lubang. Jika guna pasu yang ada lubang juga boleh, tiada masalah.

b. Bahan kering (unsur karbon). Contoh : daun kering, rumput yang dipotong, daun serai/lalang, kertas suratkhabar/kadbod yang dipotong kecil, serbuk kopi/teh beserta uncangnya, dan sebagainya.

c. Bahan basah (unsur nitrogen). Contohnya : sisa sayur/buahan, sisa nasi, sisa makanan yang tidak berminyak sisa tanaman yang masih hijau. larangan kepada makanan yang bertulang dan daging yang lambat pecah dan boleh attract lipas dan tikus dan anjing

c. Gula merah, sedikit baja tahi ayam/kambing dan tanah, yakult, EM, air beras, air kelapa. (bahan2 ni hanya optional, kalau takdak pun tak apa, kalau ada lebih baik dan sangat baik). Guna sekam padi bakar. Bau pun tkde dan mempercepatkan penguraian.

D. letak tong kompos di tempat yang tidak kena air hujan

E. Basahkan kompos dgn air beras. Jgn sampai terlalu penuh air. Jika terlalu banyak air kompos akan berbau busuk seperti sampah. Lembabkan sahaja kerana kompos perlukan udara dan air

F. Saya tutup dgn daun pisang untuk mengekalkan kelembapan kompos.

G. Saya akan lapiskan sisa makanan/tabah/sabut hancur dan sekam bakar sehinggalah tong kompos hampir 70% penuh. Jgn terlalu penuh nnti susah nk dibalikkan.

H. Saya hanya perlu pastikan kompos tak kering. Kerja-kerja penguraian akan dilakukan oleh larva black soldier fly. Jika anda takut tengok larva ni, biarkan sahaja kompos terurai sendiri sehingga 2 bulan, ketika tu semua larva dah mati.

1. Lapisan bawah diletak lapisan tanah. Masukkan sisa makanan yang tidak berminyak dan terlalu berair. Tidak perlu lubangkan tong pasu atau tong kerana ianya akan diletakkan ditempat yang tidak kena air hujan.

 

2. Lapiskan dengan tanah.

3. Lapisan sabut hancur dan sekam bakar utntuk elakkan bau sisa makanan.

4. Basahkan dengan air beras. Jangan terlalu basah sehingga air bertakung

5. Tutup dengan daun pisang untuk mengekalkan kelembapan.

 

Sumber :

  1. Group Kebun Kampung – Tanam, Teknik, Sendiri….( KGTTS)
  2. Nurwahidah Hambali

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *