Soalan Lazim

Bagaimanakah cara untuk menggunakan produk   semburan IMPRATM ?

  • Produk semburan IMPRATM dihasilkan dalam bentuk cecair dan cara penggunaannya hanyalah dengan menyemburkannya keseluruh daun tanaman sahaja.

 

   Berapa kali semburan diperlukan?

  • Untuk mendapatkan hasil yang memuaskan, disarankan semburan baja IMPRATM dibuat dalam tempoh 1 hingga 2 minggu sekali manakala semburan racun organik setiap 3 hari sekali.

 

Mengapakah baja IMPRATM disembur pada daun dan apakah kelebihannya?

  • Baja IMPRATM adalah baja cecair yang sangat sesuai disemburkan pada daun kerana penyerapan nutriennya adalah lebih cepat berbanding melalui akar dan batang.
  • Kelebihan baja cecair ialah kadar penyerapannya yang lebih cepat dan dapat diserap sepenuhnya keseluruh tanaman berbanding dengan jenis baja yang lain.

 

Adakah semburan organik Impra Anti-Pest merupakan racun merbahaya?

  • Ia merupakan racun organik penghalang serangga dan kulat yang difomulasi daripada bahan tanaman tempatan seperti cili, serai wangi dan lain-lain. Semburan organik Impra Anti-Pest tidak merbahayakan kesihatan serta selamat untuk kanak-kanak dan binatang peliharaan.

 

Perlukah baja lain diambil selepas menggunakan IMPRATM?

  • Tidak, IMPRATM difomulasi dengan nutrien yang mencukupi bagi setiap fungsi. Pembajaan secara berjadual memadai untuk mengekalkan kesuburan tanaman.

 

Bolehkah racun kulat dan serangga dicampurkan dengan baja IMPRATM untuk disembur?

  • Ya, racun kulat dan serangga boleh dicampurkan dengan baja IMPRATM ketika hendak menyembur.

 

Bolehkah baja kering dan cecair dicampurkan bersama?

  • Ya, baja kering dan cecair boleh digunakan bersama-sama, kerana itulah pembungkusan baru IMPRATM disertakan bersama-sama dengan baja kering. Walaubagaimanapun, kami mencadangkan supaya anda mencampurkan baja kering ke dalam tanah mengikut arahan di paket, menggunakan air secukupnya, dan menunggu beberapa hari sebelum mengaplikasikan baja cecair.

 

Selain dari semburan, apakah kaedah pengunaan baja IMPRATM ?

  • Selain daripada semburan, baja IMPRATM juga boleh digunakan dengan cara ‘gali dan tanam’ iaitu dengan membuat tiga lubang dengan jarak kira-kira satu kaki dari batang di tiga penjuru pokok. Jika menggunakan cara ini, kandungan baja tidak perlu dicampurkan dengan air. Sebaliknya, sukatan yang diperlukan ialah kira-kira 10- 15 ml baja IMPRA Concentrated untuk setiap lubang tanpa dicampurkan dengan air.

 

Dimanakah boleh didapati produk IMPRATM Home Gardening?

Tiga jenis produk IMPRATM Home Gardening iaitu Impra Agro-Spray, Impra Orchid-Mate, dan Impra Anti-Pest boleh didapati di pasaraya besar Giant serta nurseri-nurseri berhampiran anda.