Mengenai Kami

 

Rizatrade Resources Sdn. Bhd. (Rizatrade) bermula dengan memasarkan baja cecair serbaguna jenama IMPRA™. Baja foliar ini telah berada di pasaran sejak tahun 2003 dan formulasinya telah terbukti berkesan sebagai sumber nutrien tambahan untuk tanaman.

Bersama dengan syarikat sekutunya MPR Manufacturing Sdn. Bhd. sebagai pengilang, IMPRA™ dikeluarkan mengikut standard dan prosedur pengeluaran yang ketat bagi menjamin pengeluaran yang berkualiti dan bermutu. Kilang pengeluaran baja cecair ini terletak di Seksyen 33, Taman Teknologi Shah Alam.

Bermula dengan baja cecair, Rizatrade melangkah setapak lagi dengan penghasilan semburan anti-serangga dan kulat berasaskan tumbuhan tempatan. Menyedari betapa pentingnya memelihara alam sekitar demi masa depan sejagat, penghasilan produk ini diharap dapat memberi pendedahan kepada  pengguna mengenai kawalan serangga perosak melalui produk mesra alam.

lltizam kami adalah supaya IMPRA™ menjadi satu jenama yang dikenali dan menjadi pilihan bukan sahaja oleh rakyat Malaysia tetapi  juga di persada antarabangsa.