8 Fakta Menarik Tentang Durian

Sempena musim durian pada tahun ini, kami pernah kongsikan beberapa fakta mengenai durian & nasihat untuk kita makan durian pada kadar yang selamat, dengan kata nama lain adalah sesuai kepada tahap kesihatan si pemakan.

Di Malaysia terdapat sangat ramai penggemar durian. Terdapat pelbagai jenis & kategori durian yang boleh didapati di Malaysia, antaranya:

impra-durian d2

  • D2 : Durian Dato’ Nina
    • Tempat Daftar, Asal: Ayer Molek, Melaka
    • Tarikh Daftar: 1934
    • Ciri-Ciri: Buah sederhana besar dan kulit berwarna gangsa
    • Isi: Tebal dan berwarna kuning keemasan
    • Rasa: Lemak manis

impra-durian d7

  • D7
    • Tempat Daftar, Asal: Kajang, Selangor
    • Tarikh Daftar: 1934
    • Ciri-Ciri: Buah sederhana besar dan kulit berwarna gangsa
    • Isi: Tebal dan berwarna kuning keemasan
    • Rasa: Lemak manis

impra-durian_d24

  • D24
    • Tempat Daftar, Asal: Bukit Merah Reservoir, Perak
    • Tarikh Daftar: 30.11.1937
    • Ciri-Ciri: Terdapat ruangan pangsa tidak sempurna di tengah-tengah pangsa
    • Isi: Tebal dan berwarna kuning
    • Rasa: Manis, sedikit pahit dan lemak

impra-durian_musang_king

  • D197 : Durian Musang King/Raja Kunyit/Mao Shan Wang
    • Tempat Daftar, Asal: Tanah Merah, Kelantan
    • Tarikh Daftar: 9.12.1993
    • Ciri-Ciri: Buah sederhana besar, bulat, dan kulit berwarna hijau perang
    • Ciri Khas: Terdapat garisan bintang 5 yang ketara dibawah hujung pangsa
    • Isi: Berwarna kuning
    • Rasa: Manis, sedikit pahit dan lemak

Terdapat berpuluh jenis durian lagi yang boleh didapati di Malaysia malah, negara kita juga salah satu negara yang mengeksport durian ke luar negara antaranya ke China & Australia.

pinit fg en rect red 28 - 8 Fakta Menarik Tentang Durian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *