6 Jenis Bunga Penyeri Rumah

6 JENIS BUNGA PENYERI RUMAH

Setiap rumah tidak akan berseri tanpa adanya tanaman penyeri seperti bunga. 6 antara bunga yang sesuai ditanam adalah:

  1. Lobelia – bunga jenis ini mudah tumbuh dan berbunga setiap tahun. Terdapat sekitar 300 hingga 400 jenis lobelia di seluruh dunia. Ia mempunyai variasi pelbagai warna antaranya, biru, kuning, ungu, putih dan merah jambu. Pencinta bunga ini lebih memilih ungu dan biru untuk ditanam di rumah masing-masing.
  2. Begonia – bunga jenis ini sesuai di tanam di kawasan halaman rumah yang terbatas. Hanya dengan menanam di dalam pasu gantung bunga jenis ini boleh tumbuh. Ia juga memiliki variasi warna yang banyak dan ia sangat mudah untuk didapati. 
  3. Lantana – jenis bunga ini mekar sepanjang musim panas dan gugur. Ia mempunyai kelopak kecil tetapi tumbuh secara berkelompok. Ia sangat sesuai jika ditanam secara digantung. 
  4. Sweet Alyssum – Sweet Alyssum merupakan bunga yang mekar tiap tahun dan menghasilkan kelompok kecil bunga-bunga yang menawan. Hadir dalam berbagai warna, seperti putih, merah muda, ungu & kuning, bunga ini memiliki aroma yang khas. Pastikan bunga jenis ini mendapat sinar matahari yang cukup, hal ini sangat penting untuk pertumbuhan bunga yang cepat.
  5. Petunia – Ada 35 jenis bunga Petunia yang tumbuh di dunia, dan semua jenisnya sesuai ditanam di taman rumah anda. Selain dapat mekar berulang kali di musim panas, bunga ini juga dapat mengharumkan suasana hari anda dengan aroma wanginya yang kuat. 
  6. Fuchsia – Jika Anda tertarik menanam Fuchsia di taman rumah, pastikan anda orang yang rajin untuk menyiramnya. Kerana bunga jenis ini hanya tumbuh di daerah yang lembab dan sejuk. Penjagaan yang rapi setiap dua minggu sekali sangat diperlukan untuk pertumbuhan bunga yang sihat. Dalam keadaan normal, bunga ini mekar pada bulan Mac dan April.

SETIAP ILMU YANG BAIK KALAU DIKONGSI MENJADI SEDEKAH, SILAKAN SHARE…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *