5 Tumbuhan Membantu Anda Tidur Nyenyak

Masalah susah tidur atau dikenali sebagai insomnia bukan masalah baru. Ia melanda kebanyakan golongan dewasa dan ia juga berlaku kepada golongan remaja.

Jika keadaan seseorang itu kronik, mereka mungkin tidak tidur berhari-hari. Keadaan ini sangat tidak bagus untuk kesihatan.

Bagi mereka yang berdepan masalah ini, mereka boleh cuba menanam 5 jenis tumbuhan ini dan letakkan di bilik tidur, mana tahu ia mungkin membantu.

  1. Jasmin
    • Tumbuhan eksotik ini mempunyai kesan lembut, menyamankan terhadap badan dan minda anda.
    • Kajian membuktikan ia membantu mengurangkan rasa gelisah dan membantu anda mendapatkan tidur yang berkualiti.
  2. Lavender
    • Dalam satu kajian mendapati aroma lavender membantu mengurangkan tangisan bayi. Malah ia membantu mereka tidur dengan nyenyak.
    • Ia juga membantu meningkatkan kualiti tidur dikalangan wanita.
  3. Peace Lily
    • Bunga ini memberi kelembapan yang tinggi sehingga 5 peratus di dalam persekitaran bilik tidur. Ia mengurangkan mikrob udara yang boleh menyebabkan alahan.
    • Pada masa sama ia membantu melegakan hidung dan kerongkong yang kering hingga menyebabkan anda terjaga sepanjang malam.
  4. Bamboo plant
    • Ia juga dikenali sebagai Reed Palm. Tumbuhan kecil ini berfungsi sebagai pembersih udara.
    • Secara tidak langsung keadaan udara yang bersih di dalam bilik tidur anda sudah pasti membantu anda tidur dengan lena.
  5. Spider Plant
    • Tumbuhan ini juga membantu membersihkan udara pada masa sama ia membantu menghilangkan bau.
    • Ia juga membantu mengekalkan tahap oksigen di dalam bilik dan membantu anda mendapatkan tidur yang berkualiti.

*** Sila SHARE jika anda rasa ia bermanfaat

IMPRA HEBAT, HASIL MENINGKAT

#subur
#bajacecair
#impra
#hijau
#segar
#impraplantcaresolutions
#sayursayuran
#buahbuahan
#bunga

1f33f - 5 Tumbuhan Membantu Anda Tidur Nyenyak🌿1f33f - 5 Tumbuhan Membantu Anda Tidur Nyenyak🌿Anda berminat menanam pokok dan berkebun?? Perlukan tanah kompos yang berkualiti?? Dapatkan IMPRA BIO-SOIL untuk pokok dan tanaman anda. Berminat, tel/whatsapp Edy 012-2530508 @ clickhttp://www.wasap.my/60122530508 @ kunjungi laman web kamiwww.impra.com.my

pinit fg en rect red 28 - 5 Tumbuhan Membantu Anda Tidur Nyenyak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *