5 TIPS MUDAH PERIHAL BERKEBUN

#Berkebun adalah antara aktiviti yang boleh membantu menyihatkan badan. Ia juga mampu memberi ketenangan.

Kami ingin berkongsi tips yang boleh membantu anda melaksanakan aktiviti berkebun dan mengurus hasil dengan mudah.

1. Bagi mengelakkan kekotoran terperangkap di bawah kuku ketika melakukan kerja-kerja berkebun letakkan sabun di bawah kuku dengan cara ini ia membantu menutup ruang kuku daripada dimasuki tanah. Selesai aktiviti berkebun, gunakan berus kecil untuk mengeluarkan sabun dan cuci tangan dan kuku anda pasti kelihatan bersinar.

2. Jika anda merebus atau mengukus sayur-sayuran pasti ada lebihan air rebusan mahupun sup sayur, jangan buang. Gunakan lebihan air itu untuk menyiram tanaman dalam pasu. Anda pasti kagum melihat tindak balas tanaman terhadap ‘sup sayur’.

3. Cara paling mudah di dunia untuk mengeringkan daun herba adalah dengan meletakkannya di dalam kereta anda. Alaskan kertas surat khabar di atas tempat duduk dan susun semua jenis herba yang ingin anda keringkan. Tutup tingkap dan pintu biarkan selama beberapa jam dan ia akan kering dengan sempurna.

4. Bagi memudahkan anda menanda tanaman, tuliskan nama tanaman menggunakan pen marker dakwat kekal di atas permukaan batu rata pelbagai saiz dan letakkan ia berhampiran atau dekat dengan tanaman anda.

5. Gunakan sisa teh dan kopi sebagai baja tambahan kepada tanaman kerana mengandungi unsur-unsur mikro nutrient yang diperlukan oleh tanaman. Ia memudahkan tanaman seperti azalea, camellia dan beri biru ditanam. Sedikit pencahayaan sekali sebulan akan membantu mengekalkan pH tanah.

* Sila SHARE jika anda rasa ia bermanfaat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *