5 tanaman herba mudah ditanam dirumah!

Tanaman herba semakin popular ketika ini, terutama bagi mereka yang gemar memasak.

Ia menjadi pilihan untuk ditanam kerana mudah untuk di jaga. Masakan juga lebih berkhasiat kerana menggunakan bahan yang segar.

Bagi mereka yang baru berjinak-jinak untuk belajar bercucuk tanam, tanaman herba adalah yang terbaik untuk latihan. Antara yang dicadangkan:

  1. Pegaga – tanaman jenis ini boleh ditanam di dalam pasu atau terus di atas tanah.
  2. Kucai – tanaman ini adalah daripada spesis bawang. Ia ditanam untuk hiasan dan boleh juga dijadikan sayuran.
  3. Kesum – daun kesum dari kumpulan herba polygonaceae yang memang banyak ditanam di Malaysia. Ia adalah antara ramuan yang digunakan dalam masakan.
  4. Kemangi – daun ini juga dikenali sebagai daun basil dan ia membantu meningkatkan imunisasi tubuh. Ia juga boleh ditanam di dalam pasu.
  5. Saderi – daun ini juga sangat mudah untuk ditanam di dalam pasu. Boleh diletakkan di tepi tingkap di kawasan dapur.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *