5 Tanaman Hiasan Ungu

Mereka yang menggemari warna ungu bersifat misteri, penuh imiginasi, memiliki kerohanian yang tinggi. Malah mereka juga dikatakan sangat tinggi citarasanya.

Bagi mereka terdapat 5 jenis tanaman warna ungu yang amat sesuai untuk dijadikan tanaman hiasan di laman rumah atau di balkoni.

Tanaman berikut juga amat sesuai untuk dijadikan ubat tradisional ataupun sebagai tamanam yang berfungsi untuk menghalau nyamuk.

  1. Petrea Volubilis – tanaman yang berasal dari Amerika Tengah. Bunganya tumbuh di sepanjang batang. Bunga ini akan bertukar warna sebelum ia gugur.
  2. Lavendar – tanaman ini berasal dari Switzerland dan ia menjadi bahan utama untuk dijadikan losyen anti nyamuk. Ia mengandungi Linalool dan Lynally, bahan yang tidak disukai nyamuk. Baunya yang wangi juga menjadikan tanaman ini jadi bahan utama dalam produk minyak wangi dan penjagaan diri.
  3. Bougenville Ungu – atau lebih dikenali sebagai bunga kertas. Tanaman penghias laman yang menjadi pilihan. Banyak kita lihat di tanam di kawasan rumah.
  4. Bunga Aster – Bunga Aster sejenis tanaman yang berasal dari China. Ia ada persamaan seperti bunga matahari. Bunga ini juga ditanam kerana ia sangat sesuai jadi penyeri laman.
  5. Orchis Mascula – atau anggerik ungu adalah salah satu spesis anggerik. Mascula bermaksud jantan. Ini kerana bentuk bunga ini yang kelihatan seperti alat kelamin lelaki.

SETIAP ILMU YANG BAIK KALAU DIKONGSI MENJADI SEDEKAH, SILAKAN SHARE…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *