5 Pokok Yang Wajib Ditanam

Terdapat banyak kelebihan bagi mereka yang menanam dirumah, terutama tanaman yang lazim digunakan. Pelbagai tanaman yang boleh didapati dipasaran untuk ditanam malah menjimatkan. Selain dari itu, sebagai ibu & bapa, anda bolehlah memastikan kebersihan & keselamatan makanan yang anda masak didapur untuk keluarga tercinta.

Antara 5 tanaman yang boleh anda mewajibkan diri untuk menanam adalah, pokok daun kesum, kunyit, limau purut, daun sup & pokok kari. Jom kita kenali satu persatu:

Daun Kesum - 5 Pokok Yang Wajib Ditanam

Kelebihan daun kesum:

  1. Menguatkan daya penglihatan.
  2. Mengatasi masalah kembung atau ketidakhadaman.
  3. Mengatasi masalah keputihan.
  4. Baik untuk wanita lepas bersalin.
  5. Menghilangkan panau – Campurkan secekak daun kesum dengan sedikit minyak tanah. Gosokkan pada bahagian yang mempunyai panau setiap hari sehingga panau itu sembuh.
  6. Merangsang dan melawaskan pembuangan air kecil dan pembuangan air besar,
    membunuh atau menyingkirkan cacing dalam perut dan usus, sebagai stimulan serta merangsang haid.

Daun Sup - 5 Pokok Yang Wajib Ditanam

Kelebihan daun sup:

  1. Sistem Imunisasi – 100 gram daun sup mempunyai nilai tenaga sehingga 18 kalori. Vitamin c yang terkandung di dalamnya dapat menguatkan sisttem imun dan membuatkan tubuh lebih tahan terhadap penyakit baru. Dengan syarat, daun sup ini dimakan mentah sebagai ulam-ulaman.
  2. Penawar buah pinggang – Tumbuhan ini memiliki sifat diuretik yang berguna untuk permasalahan buah pinggang dan masalah jantung.
  3. Merawat kencing manis – Daun sup menpunyai sifat mengurangkan kadar gula dalam darah. Malah merupakan ramuan ideal untuk menurunkan berat badan dan mengurangkan tekanan.
  4. Sistem perkumuhan – Biji benih daun sup diamalkan, dapat membantu menyingkirkan air berlebihan dalam badan. Malah digunakan sebagai perangsang untuk membuang air besar.
  5. Menurunkan kadar kolestrol – Amalkan makan daun sup dalam diet harian kerana daun sup ini mampu merendahkan tekanan darah dan kolestrol serta melindungi hati daripada bahan-bahan yang merosakkan.

Limau Purut - 5 Pokok Yang Wajib Ditanam

Kelebihan limau purut

 

  1. Khasiat yang tinggi dalam dunia perubatan. Mengandungi bahan aktif berubat seperti anti hysteria, anti tumor, pencuci asli, anti septic, anti bacteria dan banyak lagi.
  2. Dengan memasukkan pati minyak limau purut dalam mandian dapat menghilangkan bau badan serta melembutkan kulit.
  3. Dapat melancarkan sistem pernafasan dengan menyapukan pati minyak limau purut pada dada, tengkuk dan belakang badan.
  4. Dengan sedikit garam dan daun limau purut yang ditumbuk halus dapat mengelak dari masalah kekuningan pada gigi.
  5. Sebagai wangian dalam aromatherapy. Kesegaran nyaman disekeliling ruang dalam rumah atau pejabat.
  6. Memberi aroma pada masakan hingga membangkitkan selera makan.

Pokok Kari - 5 Pokok Yang Wajib Ditanam

Kelebihan pokok kari

  1. Mengatasi penyakit diabetes – Khasiat daun kari yang pertama adalah mengatasi penyakit diabetis. Siapa sangka jika daun wangi yang satu ini mempunyai manfaat penting untuk menjaga kadar gula di dalam darah anda untuk mencegah diabetes.
  2. Mencegah anemia – Khasiat daun kari yang selanjutnya ialah mencegah anemia. Hal ini didapati dari kandungan zat besi yang ada di dalam daun ini sangat bagus untuk menambah produksi sel darah merah dalam tubuh dalam mencegah anemia.
  3. Penghilang letih – Khasiat daun kari juga ampuh untuk meredakan keletihan. Jika Anda memiliki kegiatan yang cukup aktif, anda boleh membuat air teh dari daun wangi ini dan meminumnya setelah selesai beraktiviti.
  4. Bagus untuk kesihatan pencernaan – Khasiat daun kari tidak diragukan lagi berguna untuk menyihatkan pencernaan anda. Fungsi daun ini yaitu akan membantu melancarkan pencernaan anda dan mencegah banyaknya gangguan pencernaan seperti susah buang air besar.
  5. Anti cirit birit yang semulajadi – Khasiat daun kari untuk sistem pencernaan yaitu mengatasi penyakit cirit birit. Daun herba ini akan menghentikan cirit birit anda dengan lebih semulajadi tanpa membuat kesan sampingan pada sistem pencernaan anda.

Pokok Kunyit - 5 Pokok Yang Wajib Ditanam

Kelebihan pokok kunyit.

  1. Agen antiseptik + antibakteria semula jadi, berguna dalam pembasmian luka + terbakar.
  2. Apabila digabungkan dengan kembang kol, ia telah terbukti dapat mencegah kanser prostat dan menghentikan pertumbuhan kanser prostat yang sedia ada.
  3. Menghalang kanser payudara daripada merebak ke paru-paru.
  4. Mengurangkan risiko leukemia terhadap kanak-kanak.
  5. Boleh menghalang dan memperlahankan perkembangan penyakit Alzheimer dengan menghapuskan penumpukan plak amyloyd di dalam otak.
  6. Boleh mencegah daripada berlaku dalam pelbagai bentuk kanser yang berbeza.
  7. Anti-radang yang bekerja tanpa kesan sampingan.
  8. Boleh membantu dalam metabolisme lemak dan membantu dalam pengurusan berat badan.

Semoga perkongsian ini dapat member manfaat sekaligus mengalakkan anda mulakan bercucuk tanam dirumah, sangat mudah malah banyak manfaat kepada kehidupan & keluarga anda 🙂

Sumber:

Zaleha Mamat (Facebook)
Jom Tanam Sendiri (Facebook)

pinit fg en rect red 28 - 5 Pokok Yang Wajib Ditanam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *