5 CARA HALAU DAN BUNUH SIPUT BABI

Siput babi memang sangat sinonim dengan pekebun. Ia juga dikenali sebagai garden snail.

#Haiwan ini sangat aktif pada waktu malam sebab itu tidak menghairankan jika tanaman kita yang baru bercambah hilang daunnya keesokan hari.

Kami ingin kongsikan cara mengelak serangan siput babit. Anda boleh pilih salah satu atau amalkan kesemuanya.

1. Hapuskan telur Siput Babi
– Kaedah ini paling mudah untuk dilakukan. Kita hanya perlu melihat pada daun-daun tanaman dan jika terdapat telur terus buang serta hapuskan.

2. Kepingan #tembaga atau #aluminium
– Lilitkan kepingan tembaga atau aluminium pada tanaman anda. Siput babi secara semula jadi tidak gemarkan tembaga. Tubuhannya yang lembab dan lembik itu bila menyentuh tembaga akan terasa seperti terkena kejutan elektrik. Aluminum juga boleh digunakan jika tiada tembaga di rumah.

3. Serbuk #kopi
– Jangan buang hampas kopi selepas anda minum. Taburkan disekeliling pokok. Ia sangat kaya dengan nitrogen. Bahan ini mampu menjadi serampang dua mata. Ia boleh menjadi baja dan pencegah siput babi. 
– Jika anda bukan penggemar kopi, boleh minta daripada kedai-kedai makanan ataupun restoran.

4. Garam Epsom

– Bahan ini kebiasannya digunakan untuk tujuan kesihatan, tetapi mungkin ramai yang tidak tahu ia juga banyak digunakan di kawasan kebun. Ia kaya dengan magnesium, sangat sesuai untuk perkembangan pokok.

5. Kulit telur ayam
– Bahan ini sangat kaya dengan kalsium. Cara memanfaatkannya, keringkan kulit telur dengan cara menjemur atau masukkan ke dalam ketuhar pada suhu 40 darjah Celsius selama 10 minit. 
– Kemudian ramas kulit telur hingga hancur. Tabur kulit telur tadi di keliling pokok. Bucu tajam pada kepingan kulit telur dapat mencegah siput babi daripada menghampiri tanaman.

*** Sila SHARE jika anda rasa ia bermanfaat

IMPRA HEBAT, HASIL MENINGKAT

#subur
#bajacecair
#impra
#hijau
#segar
#impraplantcaresolutions
#sayursayuran
#buahbuahan
#bunga

1f33f - 5 CARA HALAU DAN BUNUH SIPUT BABI🌿1f33f - 5 CARA HALAU DAN BUNUH SIPUT BABI🌿Anda berminat menanam pokok dan berkebun?? Perlukan tanah kompos yang berkualiti?? Dapatkan IMPRA BIO-SOIL untuk pokok dan tanaman anda. Berminat, tel/whatsapp Edy 012-2530508 @ click http://www.wasap.my/60122530508 @ kunjungi laman web kami www.impra.com.my

pinit fg en rect red 28 - 5 CARA HALAU DAN BUNUH SIPUT BABI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *