3 Petua Pindah Anak Pokok Cili

Kali ini kami ingin kongsikan bagaimana cara memindahkan anak pokok cili setelah sesuai untuk dipindahkan. Persoalannya, bilakah waktu yang sesuai untuk dipindahkan? Kebiasaannya anak pokok cili akan mengeluarkan 2 helai daun pada awal percambahan untuk proses fotosintesis. Apabila anak pokok cili mula mengeluarkan daun yang sebenar, maka itulah masa yang sesuai untuk dipindahkan.

IMPRA-baby-Chilli

Beberapa langkah patut diambil kira untuk memastikan proses pemindahan anak pokok cili tidak mengakibatkan pembantutan pokok tersebut & seterusnya mati. Jom ikuti beberapa langkah & tips memindahkan anak pokok cili.

  1. Siram anak pokok cili selama 1 jam
    Anak pokok cili perlu disiram terlebih dahulu bagi memastikan anak pokok cili anda terus melakukan proses penyerapan air sepanjang proses pemindahan.
  2. Simpan ditempat teduh
    Anak pokok cili yang baru dipindahkan perlu di tempatkan di kawasan yang teduh lebih kurang selama 1 minggu bagi menguatkan anak pokok cili tersebut sekaligus mengelakkan terkena cahaya matahari yang terik.
  3. Pembajaan & penyiraman
    IMPRA-baby-ChilliMedia baru bagi anak pokok cili perlu juga dibaja dengan baja NPK hijau atau baja organik bagi membantu tumbesaran yang menggalakkan. Pastikan media baru disiram sehingga basah semua bahagian media supaya proses penyerapan air boleh diteruskan.

Semoga tips yang dikongsikan ini dapat membantu anda bercucuk tanam dengan lebih berjaya & berhasil. Selamat mencuba!

 

pinit fg en rect red 28 - 3 Petua Pindah Anak Pokok Cili

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *